khamis, 7 januari, IM balik kampung dengan mama, ayah yi dan pok su tof. IM bertolak dari rumah jam 4 petang. sampai di Pasir Mas jam 1.15 pagi. masa IM sampai tu, ayah dah pun tidur sebab terlalu mengantuk. ayah ingat nak tunggu sampai IM tiba, tapi tak boleh, ayah tidur jam 12.45 pagi.
pagi jumaat, ayah pergi pasar pagi kat wakaf bharu dengan ayah ni, ayah mi dan ayah ja. lepas solat jumaat, semua keluarga tokma yang ada pergi ziarah toksu dah, hok duduk di kg. Siram, dia uzur. malam tu, ayah pergi majlis tahlil rumah kak yi, sepupu mama di Lundang, Kota Bharu. Ayah pergi dengan Ayah Ni, Ayah Yi, Ayah Ja dan Poksu Tof.
pagi sabtu, IM balik Kedai Buloh dengan Ayah dan Mama. IM dan keluarga sebelah pergi hantar Cik Mus ke Pondok Sekolah Agama Arab Panchor, Kemumin. lepas selesai urusan hantar Cik Mus, kita makan kat restoran Nasi Ulam Cikgu di Pengkalan Chepa. Semua orang royat sedap makan disitu, pandai ayah pilih tempat makan.
petang tu, balik semula rumah Tokma di Anak Keranji. Sebelum tu ayah singgah kat Mydin dulu beli pampers IM, pampers Fitti Basic, IM selesa pakai pampers jenama ni...
pagi ahad, jam 11 IM, Mama, Ayah Yi dan Poksu Tof balik semula ke KL. Ayah gi sekolah pagi lagi... pukul 7. ayah pergi tu IM duk tidur lagi. Ayah nak kejut tak sampai hati, jadi ayah cium IM masa IM tidur je...
No comments:
Post a Comment