Monday, November 30, 2009

PERJALANAN YANG MEMENATKAN

Ayah, mama dan IM balik semula ke Taman Puncak Jalil pada hari ahad, 29 November 2009. Esoknya mama dah start kerja, so terpaksa balik awal. Kami bertolak jam 9.45 pagi dari rumah Tokma. Jalan 'jem' teruk dari Machang ke temangan. Singgah di Kuala Hau, Temangan dulu rumah Tokwe, anak dia Nazri nak nikah esok.  Sampai rumah tokwe jam 11.40 pagi. duduk setengah jam je lepas tu bertolak semula ke KL. Ayah berhenti isi minyak kereta di Kuala Krai.

Sampai di Gua Musang berhenti makan jam 2.30 petang. Berhenti lagi di merapoh, ayah mengantuk tidur. Lama juga ayah tidur, 1 jam, lepas tu solat jamak ta'khir asar dan zohor setengah jam. Jam dah pukul 5.30 petang bertolak dari merapoh, nak masuk bandar raub, bentong jalan 'jem' teruk. sampai bentong jam 9 malam... atas  highway karak pun jalan 'jem' bergerak macam semut... sampai di R&R Gombak jam 11 malam. makan dan solat jamak ta'khir isyak dan mabhrib... dari lepas tol gombak ke rumah jalan lancar... seengah jam sampai rumah jam 12.30 malam.... aduh!!! ayah pening campur mengantuk sampai terlajak jalan dan masuk jalan lain nak sampai rumah. 

PERHIMPUNAN TAHUNAN AL-JAMBULI KALI KE 17

Pada 11 Dzulhijjah 1430H bersamaan dengan 28 November 2009M (hari Sabtu, raya haji kedua) IM, ayah, mama dan semua keluarga sebelah mama kecuali keluarga ayah Jie pergi ke Perhimpunan Tahunan Al-Jambuli. Perhimpunan itu berlangsung di rumah Abe Wil, anak saudara Tok Abah. Kami pergi jam 9.30 pagi dengan 5 buah kereta.

Perhimpunan ni diadakan setiap tahun pada hari raya haji yang kedua. Mula2 tu ayah Mie, suami Mak Ngah Ta jadi pengerusi majlis, tapi selepas Tazkirah, ayah Ni pulak ambil alih.


Majlis perhimpunan tu dimulakan dengan ucapan tuan Presiden merangkap tuan rumah perhimpunan ni, iaitu Abe Wil. Lepas tu ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ayah sendiri, kerana orang lain minta ayah bagi tazkirah, ayah pun bagilah... kalau nak ikut ramai lagi orang yang lebih layak, tapi dah orang beri kepercayaan ayah pun terimalah...



Mula2 tu rasa berdebar jugak nak bagi tazkirah di depan orang rami ni, tapi dengan pertolongan Allah ayah dapat habiskan jugak tazkirah yang bertajuk "Semangat Pengorbanan" dalam majlis perhimpunan tu...

Dibawah ni sebahagian gambar orang2 yang hadir hari tu...







 Tok Abah pun ada juga. Sebelum tu Tok Abah kata tokse gi, tapi setelah dipujuk mama, akhirnya Tok Abah bersetuju untuk pergi sama...

Tok Abah tokleh duduk congak lama, sakit belake, tok abah masih uzur lagi lepas kena serangan jantung dan 'nyetok' bule poso baru ni... 


Ini 2 orang kekasih ayah, IM dan mama yg kiut miut.... rasanya IM lebih comel dari mama.... hehehe... mama jgn marah yea!!!gurau je...

lagi gambar IM, tapi bukan mama yg pegang IM tu, siapa ya??? MISTERI!!! IM macam duk tunjuk jari kat kamera...

lepas tazkirah, sekali lagi ayah diminta untuk memimpin bacaan takbir hariraya sempena idul adha yang masih ada... ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR LAA ILAHAILLALLAHU WALLAHU AKBAR.....

Kemudian, ada sesi cabutan bertuah, tapi keluarga kita x bertuah hari tu IM, satu nombor pun tak kena...
Akhir sekali sebelum makan, ada sesi bergambar beramai2. mengikut kata tuan Presiden, gambar ni akan dimasukkan dalam surat khabar sinar harian berserta dengan maklumat berkenaan perhimpunan ni...



Wednesday, November 25, 2009

BALIK KAMPUNG HARI RAYA HAJI

Semalam, 25/11/2009 (Rabu) IM, mama, ayah, chik dan Poksu Toh balik kampung dari KL. Kami bertolak dr rumah jam 10.30 malam. Janji berjumpa dgn Ayah Yi di stesen minyak Petronas Bukit Jalil. Lepas tu kami terus bergerak dengan kereta BLM mama, Ayah Yi dan Cik Ayu dgn Myvi.

Sampai di stesen minyak Petronas D'Paya Serai sebelum tol Bentong, kami berhenti sekejap, isi minyak dan buang air. kami berhenti lebih kurang setengah jam. Pukul 12.30 malam kami bergerak semula... jalan agak 'jam' tetapi aliran trafik bergerak cuma perlahan je. Sampai kat tol Bentong, terpaksa beratur tunggu giliran, ayah lupa nak ambil kad Touch and Go, kalau tak, tak kena beratur panjang.

Kami terus bergerak hingga sampai di stesen minyak Shell kat Padang Tengku. Ayah isi minyak dan buang air, mama dan Poksu Toh pun buang air jugak. kena beratur panjang sebab orang ramai juga berhenti kat situ. kat sini, ayah tukar drebar dengan Poksu Toh, tadi ayah yang bawa, sekarang Poksu Toh pulak. Jam masa tu pukul 3.15 pagi.

Friday, November 20, 2009

PERJALANAN 20 NOVEMBER

Jumaat, 20 November, ayah mari kuala lumpur nak jumpa IM dan mama. Ayah bertolak jam 7.45 pagi dengan kereta Myvi seorang diri sore senyawa.Sampai di Tunjung, ayah berhenti kat stesen minyak Petronas isi minyak. Sampai di Kuala Krai jam 9.30 pagi. Masa tu hujan sejak dari rumah lagi. Bila masuk Chiku hujan berhenti.

Lepas tu berhenti lagi kat R&R Gua Musang nak buang air kecil. Ayah sampai di Gua Musang jam 11 pagi. Ayah singgah rumah ayah Long dulu, berhenti rehat. Ayah Long suruh ajar dia cara2 nak download movie. Ayah duk rumah ayah Long 2 jam, lepas makan nasi, ayah pun bertolak ke KL kira2 jam 1 tengahari.

Sampai di Pusat Rekreasi Sungai Yu, ayah berehenti kejap, mengantuk. Mungkin sebab makan nasi rumah ayah Long tadi. Ayah tidur dalam 40 minit. Lepas tu ayah bergerak semula. Sampai di stesen minyak petronas kat Benta, ayah berehenti untuk solat jamak taqdim zohor dan asar dan isi minyak. Ayah beli buah langsat dan duku yang dijual kat depan stesen minyak tu.  Lepas tu, ayah mula bergerak semula.

Sampai di bandar Raub, jalan agak 'jem' kenderaan bergerak perlahan. Sampai kat bandar Bentong pun macam tu juga. banyak makan masa kat sini. Ayah masuk highway Karak jam 5.30 petang. Mama dah balik pergi ambil IM kat nursery. ayah bajet sempat ayah sampai dulu, tapi keadaan tak mengizinkan.

Sampai di Pandan Indah, jalan 'jem' jugak. sampailah ke laluan masuk jalan lumba kuda ni jalan 'jem'. Lepas tu, ayah tersilap jalan pulak, dahlah hujan tengah lebat, jalan pulak 'jem', tersilap jalan pulak, hei... panas hati sungguh.... ayah terambil jalan ke Putrajaya semula, sepatutnya masuk roundabout kat jalan lumba kuda tu ambil laluan ke Sri Kembangan, tapi tersilap masuk jalan.

Ayah sampai rumah jam 8.15 malam. Adooi... penatnya macam ni... kalau hari2 macam ni boleh jadi GILA agaknya...

Sunday, November 8, 2009

AYAH TUNGGU TOKWE...

sekarang ayah kat stesen bas Kota Bharu. Jam menunjukkan pukul 5.03 pagi. Ayah sedang tunggu Tokwe datang ambil. Ayah balik Kota Bharu naik bas Transnasional. Bertolak jam 9.10 malam tadi. Ayah tak turun makan semasa bas berhenti kat Merapoh, best sangat tidur...

semalam, IM ikut mama dan ayah ke Dengkil. Kita pergi tempat PERMATA mama kat sana jam 3.50 petang. Sebelum tu kita singgah tempat kerja mama dulu, mama nak ambil barang2. Mama ada kerja sikit kat sana dengan ibubapa kat sana. Pada mulanya IM baik je... tapi bila dah nak sampai sejam, IM mula 'berona' menangis... mungkin dah bosan kot. Kita balik jam 6.30 petang.

Hari Sabtu, kita pergi Kajang, cari tiket ayah nak balik Kota Bharu. Lepas tu, singgah makan kat restoran Fakhry dulu, mama makan bakso dan ayah makan kuetiaw sup. Kemudian kita pergi bank Islam, Bangi mama ambil duit RM3000.00 nak masukkan ke dalam akaun bank RHB ayah buat ayah bayar insurans dan road tax kereta ayah dan juga buat downpayment bayaran rumah teres 2 tingkat yang nak dibeli di taman SPP kat Kubang Gatal, Pasir Mas. Lepas tu, kita pergi kat Mydin bangi beli barang2 rumah sikit. Malam tu tengok perlawanan bola akhir piala Malaysia. Tapi sungguh kecewa dan sedih sebab pasukan Kelantan "Red Warrior" kalah kepada Negeri 9, 3-1.

Hari Jumaat tu pula ayah pergi ambil IM kat Nursery. Lepas tu baru pergi ambil mama kat tempat kerja.

Tuesday, November 3, 2009

WIDGET UPIN DAN IPIN

Hari ni ayah masukkan widget suara dan gambar upin @ ipin dalam blog ayah ni. Semoga IM suka dengan little adjustment blog ayah ni... nanti boleh dengar suara upin @ ipin sebut : ASSALAMU'ALAIKUM... ATOK.. OO.. ATOK... 

Best kan IM...