Monday, June 28, 2010

PINDAH RUMAH

Sabtu, 26 Jun IM pindah rumah dari Taman Puncak Jalil balik ke Kampung Anak Keranji di Pasir Mas. ayah datang dengan ayah chik petang khamis dengan kereta ayah. ayah bertolak jam 4 petang dan sampai kat sana jam 1.15 pagi. jalan sedikit 'jem' sebab hujan kat kawasan negeri Pahang. ayah kena bawa perlahan, lepas tu berhenti 2-3 kali makan dan sempat lagi singgah di Raub tengok perlawanan bolan sepak Piala Dunia selama 20 minit.

 poksu Toh dah ada kat rumah dengan mama. mama penat sangat kena kemas barang2 lepas balik kerja. mama cakap seminggu sebelum pindah ni tidur jam 2 pagi. lepas tu siang hari pegi kerja pulak. kesian kat mama.

 hari sabtu tu, jam 9.15 pagi lori angkut barang sampai. lori abg Nasir orang kampung dekat Anak Keranji jugak. ayah Ja dan cik Hanim serta Ayah Yi juga sampai tolong angkut barang ke atas lori. 2-3 malam sebelum tu memang penat simpan barang dalam kotak, buka katil, rak dsb. kitorang semua pakat bergotong royong hari tu angkut barang ke dalam lori. abg Nasir pun ada tolong angkut barang jugak. 

pukul 11 lebih habis angkut barang. ayah bagi deposit dulu kepada abang Nasir RM600.00. baki RM500.00 nak bagi bila sampai barang kat rumah esok.

IM, mama dan ayah bertolak balik jam 2 petang. poksu Toh dan ayah chik balik sama naik BLM mama. IM naik Myvi ayah. sampai kat rumah jam 2 pagi. perjalanan slow dan banyak berhenti.
 
petang ahad, jam 6 mama dan poksu Toh gi kl semula. mama dapat KPLI Permata. IM duduk dengan ayah dan tokma kat kampung... terpaksalah IM berpisah sementara dengan Mama. mama sedih nak berpisah dengan IM dan ayah. tapi nak buat macamana tuntutan kerja perlu dilaksanakan. mungkin lepas ni seminggu atau 2 minggu sekali IM dapat berjumpa dengan mama. ayah pun sedih jugak.... waaaaaa!

Wednesday, June 23, 2010

HAPPY BIRTHDAY WAN NURUL IMTIYAZ, PUTERI KESAYANGAN AYAH DAN MAMA!

24 Jun 2009, lahirlah IM ke dunia ini. hari ini 23 Jun 2010, bermakna genaplah usia IM 1 tahun. rasa sekejap saja bermanja dengan IM tengok2 dah sampai setahun usia IM. bermula dengan bayi comel, menangis, bergerak tangan dan kaki, mengengsot, mendongakkan kepala, berguling, merangkak dan sekarang dah boleh berdiri (tapi tak boleh jalan lagi...)

masa ni IM baru je dibenarkan keluar dari dewan bersalin

tenangnya IM tidur dalam balang bayi ni...

IM suka tidur masa dalam 7 hari ni

tidur la puas2 dulu IM, lepas ni boleh 'buas'

ayah akan didik IM dengan baik mengikut ajaran Islam... INSYA ALLAH. semoga IM dapat jadi anak yang solehah bila besar nanti. sayang IM, sayang mama. MMUUUAAAHHHHH!

Tuesday, June 15, 2010

IM balik kampung, ayah Ja dan Cik Ti kahwin...

9 Jun 2010, (Rabu) IM balik kampung dengan ayah, mama dan ayah Ja. IM bertolak jam 5 pagi dari rumah. IM balik sebab ada kenduri kahwin ayah Ja dan Cik Ti pada 12 Jun, Sabtu.  Ayah Ja nikah dah hari jumaat, 4 Jun, CikTi pun nikah dah bulan 3 baru ni. jadi majlis pada 12 Jun tu adalah majlis menyambut menantu bagi ayah Ja dan kenduri walimah besar bagi Cik Ti.

Kita bertolak jam 5 pagi, pukul 6.15 pagi di stesen Petronas Paya Serai highway nak pergi ke Bentong. berhenti sekejap kat sini solat subuh. setengah jam kemudian bertolak semula sampai di masjid Hulu Dong berhenti makan dan rehat.

lebih kurang sejam lepas tu, mulakan perjalanan balik sampai di stesen Petronas Gua Musang ayah berhenti isi minyak dan buang air. Im tidur sepanjang perjalanan. bila ayah berhenti, IM pun jaga. masa tu dah pukul 11.00 pagi. ayah terus bawa kereta sampai di Pasir Mas pukul 2 petang. mama ajak makan mee celup dulu kat bandar.

lepas makan, terus bertolak ke rumah tokma dan sampai dalam pukul 2.30 petang. letihnya...

Friday, June 4, 2010

AYAH DATANG KL DENGAN TOKWE, MOK DAN CHIK LA...

Jumaat, 4 Jun 2010 ayah datang ke Taman Puncak Jalil dengan Tokwe, Mok dan Chik La. kami datang dengan kereta Myvi ayah pada jam 10.55 pagi. sebelum tu ayah pergi hantar Tokma dan Tok Abah naik flight MAS dari rumah di Anak Keranji ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. Ayah pergi jemput Tokma dan Tok Abah jam 8 pagi. Sampai rumah pukul 8.45, lepas tu terus pergi lapangan terbang. selepas selesai urusan 'check-in' ayah pun tinggalkan Tokma dan Tok Abah. masa tu pukul 10.35 pagi, flight sepatutnya jam 11.35 pagi tapi 'delay' ke jam 12.25 tengahari. lama juga la Tokma dan Tok Abah kena tunggu.




ayah balik semula ke Kedai Buloh nak ambil Tokwe, Mok dan Chik La nak pergi KL. selepas bersiap dan masukkan semua barang kami pun terus pergi KL. Alhamdulillah, sepanjang jalan tidaklah begitu teruk 'jem'nya. biasa saja. kami singgah di Chiku 3 rumah sepupu Mok, Pok Sin jam 1.10 tengahari. Mok dan Tokwe nak ziarah 'nawat' isteri Pok Sin yang dah meninggal dunia seminggu yang lalu. ayah dan Tokwe sembahyang jumaat di Masjid Chiku 3. Pok Sinlah yang jadi Imam dan Khatib masjid ni. masjidnya agak besar juga, dan suasana di dalam kawasan Felda ni nampak seronok je. kalau tengok kat luar nampak macam tak maju dan 'boring'. tapi bila masuk dalam kawasan ni best gak nampak.

kami duk di rumah Pok Sin hampir 2 jam. pukul 3 kami mula bergerak. 20 minit kemudian singgah rumah ayah long pulak di Taman Wangi, Gua Musang. sampai rumah ayah Long, makan nasi sekali lagi. tadi dah makan rumah Pok Sin, sampai rumah ayah Long kena makan sekali lagi. lepas makan, mandi, tunggu masuk waktu Asar, terus solat Asar Qasar. lepas tu ayah Long ajak pergi tengok rumah yang dia beli di Taman Kesedar Jaya. selepas tengok semua, kami pun mula bertolak semula ke KL. masa tu dah jam 5.35 petang.

Sepanjang perjalanan berhenti la juga di beberapa tempat. berhenti sekejap di Merapoh beli air dan goreng pisang, di Petronas selepas bukit 7 ayah buang air besar, sakit perut minum air 'coconut shake' agaknya. kat situ jugak isi minyak sampai penuh, RM50. semasa di 'highway' ingat nak berhenti di R&R Gombak, nak solat, buang air, makan dan rehat. tapi R&R tu ditutup, tak tahu kenapa. ayah teruskan perjalanan sampailah tiba di PUJ 2, makan kat  Restoran Malik Makmur. masa tu jam 10.30 malam. pukul 11 malam, kami pun sampailah kat depan rumah, tapi masa tu IM dah tidur, ayah tak sempat tengok IM senyumdan dengar suara IM.