Friday, February 26, 2010

IM alahan kuning telur

Hari ini, 27 Februari, Sabtu, Mama bagi IM makan kuning telur. Mama kata nurse kat Putrajaya suruh bagi IM makan kuning telur untuk uji samada IM ada alahan atau tidak dengan kuning telur sebab bulan 4 nanti kalau IM ada alahan dengan kuning telur, IM akan dimasukkan ke dalam wad untuk diletak dibawah pemerhatian doktor.

semalam, IM dah makan kuning telur yang ada dalam rojak, tapi tak ada kesan apa2. Ayah dan mama ingat IM ok dah dengan kuning telur ni. Pagi ni mama bagi lagi kuning telur yang masih cair (telur masak separuh) kepada IM. dalam 5 minit saja lepas IM makan, naik bintik2 kecil kat muka IM. Ayah dan mama pun cepat2 bersiap nak bawa IM ke Hospital Putrajaya. Dalam 3 minit berada dalam kereta, IM muntah. Habis baju Im dan baju Mama kena muntah IM. Ayah tengok ada kesan kuning telur yang keluar dari mulut IM. lepas tu seluruh badan IM yang kena kuning telur tu jadi berbintik2 kecil dan gatal.

Ayah pun terus pusing balik rumah salin pakaian mama dan IM pakai pampers je... terus bawa kat klinik dekat dengan rumah, Klinik Alam Medic. masuk jumpa doktor, doktor bagi ubat sapu, ubat minum untuk elak gatal dan ubat demam standby takut IM demam. Tapi sekarang ni IM tak demam lagi. Kesian kat anak aku ni... habis bengkak2 tubuh dia...

 
 IM tertidur, masa ni la mama mula sapu ubat kat badan IM

  
 doktor x bagi sapu ubat kat muka, sapu kat badan je...

  
 kat telinga pun aku sapu jugak... kesian telinga Im dah jadi merah, bengkak

  
 nampak kan kesan merah2 kat pipi IM tu...

  
 telinga Im pun jadi merah dan begkak

  
 ini lipatan lutut IM yang baru disapu ubat....ada kesan biji2 juga

  
 ini belakang leher... nampak kan bintik2 merah tu!

  
ni kat sisi sebelah perut... habis tubuh Im kena effect kuning telur ni...
  
 inilah ubat yang diberi doktor kat Klinik Alam Medic

  
 calamine ubat sapu, sebelah kanan tu ubat gatal, sebelah kiri tu pulak ubat demam

  
IM masih lena tidur, campur letih... 
 
tara!!!! IM dah bangun tapi nampak kan muka x ceria... maklum la sakit, kat pipi tu pun masih ada kesan bengkak!


MOGA IM CEPAT SEMBUH DAN ALAHAN INI HILANG BILA IM BESAR...JIKA TAK IM TAK BOLEH MAKAN TELUR YANG BANYAK KHASIAT........

Friday, February 19, 2010

CATATAN CUTI SEMINGGU BERSAMA IM DAN MAMA...

12 Februari (Jumaat) hingga 20 Februari (Sabtu) sekolah ayah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Ayah bertolak ke KL jumpa IM dan mama hari Sabtu (13 Februari). Pagi sabtu tu ayah ada kursus kat BTPN, Pengkalan Chepa. Kalau tak hari khamis malam tu lagi ayah dah naik bas ke KL. Di bawah ni catatan aktiviti ayah dengan IM dan mama selama bercuti bersama tu. 

14 Februari (Ahad)
selepas ayah sampai jam 8.30 pagi di stesen keretapi Kajang, mama terus ajak pergi Tesco. masuk Tesco shopping barang2 dapur sikit. sebelum tu breakfast dulu kat bawah Tesco tu. pukul 12 tengahari pagi kita pun balik ke rumah di Taman Puncak Jalil. Malam tu nak pegi beli susu dan nestum IM kat kedai 99 Speedmart, tapi kedai tu tutup lagi.

Untuk isi masa, ayah ajak pegi minum air kat Restoran Bikers. Harga makanan dan minuman kat sini agak mahal, air yang biasa harga RM1.20 kat sini dijual RM3.50. MAHAL... balik je kat rumah, muka IM jadi merah2 dan bengkak2. mama ambil kunyit dan garam sapu kat muka IM selepas telepon ko tok ma tanya mcam mana nak buat. Ayah pula baca ayat2 suci al-Qur'an mana tau kot2 angkara jin setan. lepas disapu tu IM kembali normal. ALHAMDULILLAH...

15 Februari (Isnin)
kita bertiga pergi warta di Bangi nak  check kamera samsung mama yg baru beli 2 minggu tapi bateri dah lemah. sampai kat sana, rupa2nya kedai tutup lagi. lepas tu pergi tengok kedai double A kat Bangi, kedai jual baju Muslimah. nak survey harga, tapi harganya agak mahal.

Sunday, February 14, 2010

AYAH NAIK KERETAPI

13 Februari 2010, sabtu, ayah naik keretapi dari Wakaf Bharu ke Kajang jam 6.15 petang. Tokwe hantar ayah dari rumah ke stesen keretapi Wakaf Bharu dengan motosikal 45 minit sebelumnya. dah 2 minggu ayah tak jumpa IM dan Mama, hati ayah rasa tersangat rindu. malam2 asyik teringatkan IM dan mama sampai terbawa2 ke dalam mimpi.

Ayah terpaksa datang lewat 2 hari walaupun sekolah dah cuti seminggu bermula hari jumaat sebab pagi ni ayah ada program Muzakarah kat BTPN Kelantan. Jadi, ayah terpaksa tunggu dulu 2 hari baru boleh ambil tiket naik keretapi nak jumpa IM dan Mama. Sepatutnya khamis malam tu ayah dah pergi kat IM dan Mama.

Ayah sengaja pilih naik keretapi untuk perjalanan kali ni sebab nak rasa macamana naik keretapi duduk kat tempat ada katil. Sebelum ni ayah dah pernah naik keretapi dalam 3 @ 4 kali rasanya iaitu semasa belajar kat UIA dulu. Tapi dulu ayah hanya ambil tiket biasa tak ada katil. Jadi kali ni ayah ambil tempat duduk yang ada katil nak rasa macamana keadaannya.

Ayah ingat nak ambil tiket yang ada katil dibawah tapi dah habis. Jadi, ayah ambil tiket yang katil kat atas. Harga tiket tu RM 44.00, ayah tanya kakak yang ambil tiket katil kat bawah harganya mahal RM 10.00 dari tiket ayah.

Duduk kat katil atas ni seksa sikit. Ruangnya agak sempit (macam dalam keranda), aircond tak sampai (panas), ada risiko nak jatuh, nak panjat naik kat atas tu pun agak susah terutamanya orang yang bersaiz badan XL macam ayah ni. Ayah naik keretapi ni sorang diri, tak ada kawan pun, rasa agak boring jugak. Jam 8 malam lepas solat Jama' Taqdim Maghriib dan Isya', ayah terus rebahkan badan dan tidur walaupun mata ni tak mengantuk lagi, tapi boring punya pasal terlelap juga. Malam tu acap kali juga ayah tersedar dengar pengumuman yang dibuat atas keretapi tu, kadang2 terkejut dengan goyangan keretapi.

Ayah tersedar masa sampai kat stesen Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Gemas dan Tampin. Sampai kat Tampin tu dah jam 6.10 pagi. keretapi lambat sikit, delay masa berada kat Gemas rasanya. Masa ni ayah tak tidur dah, masuk bilik air lepas tu terus ambil wudhu' dan solat subuh di surau atas keretapi. sepatutnya pukul 6 ni dah sampai kat Seremban. keretapi sampai kat Seremban jam 7.30 pagi. Akhirnya ayah sampai juga di stesen Kajang, IM dan Mama dah sedia menunggu ayah. Bila IM nampak ayah, IM terus sengih tapi suara tak keluar. IM senyum sengih sambil malu2 tengok ayah. Cam lagi anakku ni kat aku... ALHAMDULILLAH!!!

Thursday, February 4, 2010

MAMA BELI WALKER UNTUK IM...

hari ni mama booking satu walker yg cantik untuk IM. mama booked walker ni secara online menerusi internet. dalam 2-3 hari lagi sampailah walker IM yang cantik tu.

ni dia gambar walker tu...

cantik kan IM, walker tu... nanti boleh la IM naik walker tu. x payah penat2 kena merangkak. nak ikut mama pun senang bila ada walker tu... hehehe...

Wednesday, February 3, 2010

LAMA TAK TULIS BLOG UNTUK IM NI...

lamanya rasa x tulis kat blog IM ni. malam ni ada rasa nak tulis sikit pasal IM. Nak royat jugak petang ni dlm pukul 5, IM dapat sepupu baru, anak Cik Ta, baby boy. ayah pergi sekejap petang tadi, tapi cik Ta x keluar wad lagi, ayah mi duk tunggu sore... ayah kecek2 nga ayah mi je la.

skrg umur IM dah 7 bulan lebih. IM dah boleh bergantung kat kerusi cuba nak bangun. bulan lepas IM dan boleh merangkak. makin lama makin cepat IM merangkak, pastu IM suka ikut mama,. orang kata suka 'ngerak'. ikut je mama, sampai mama masuk tandas pun IM nak ikut jugak.

mungkin kesan dari IM kena tinggal seminggu dalam bulan 12 baru ni. sebab tu IM x nak berpisah lagi dengan mama. kalau IM duk dengan ayah pun, mata IM masih lagi cari mama, kalau x nampak mama, IM menangis. kesian IM...

mama beli banyak barang mainan dan katil baby untuk IM. mama beli secara online dalam internet. mama cakap lepas ni nak beli walker pulak untuk IM, mama kesian tgk IM merangkak mencari mama... kalau dgn walker ni im kurang penat sikit kena merangkak.

oklah, IM. ayah nak stop dulu. lain kali ayah tulis pulak pasal IM ye! bye!