Monday, August 31, 2009

IM BALIK TAMAN PUNCAK JALIL


hari ini aku sangat sedih kerana terpaksa berpisah sementara dengan buah hatiku IM. IM balik ke taman puncak jalil dengan mama kerana mama dah start keje esok. aku pulak duk kat sini kb, esok sekolah..... tak dapat nak hantar IM pulang.

IM bertolak jam 9.30 pagi. IM demam hari ni, badannya panas. pukul 1 tadi mama telefon beritahu badan IM makin panas. mama buka baju IM dan masukkan ubat kedalam mulut. sekarang ni ok sikit demam im.

esok im kena tinggal kat nursery. kalau minggu lepas ayah ada lagi boleh jaga im. tapi esok mama pegi keje dan ayah kat kb jadi terpaksalah letak im kat nursery taman bersebelahan.

ayah rindu im, ayah sayang im, nak letak gambar im dalam ni...

Monday, August 24, 2009

IM DISUNTIK LAGI

Hari ni IM dibawa ke klinik putrajaya untuk disuntik bagi umur 2 bulan. ayah dan mama bawa IM ke klinik jam 9.40 pagi. mama dah masuk keje jam 8 pagi, pastu mintak dengan bos dia nak balik bawa IM ke klinik.

sampai di klinik jam 10 pagi. tunggu giliran lama la jugak, ada 5 stesen kena tunggu; pendaftaran, jumpa jururawat masyarakat, jumpa doktor, ambil suntikan dan ambil ubat. semua proses tu berlangsung selama lebih kurang 2 jam setengah. balik dalam pukul 12.40 tengahari terus beri ubat IM.

petang ni IM tidur je... kesan ubat tu kot. sekali sekala je IM tersedar terus menangis. ayah terus peluk dan dodoikan semual sampai IM tidur semula. sampai malam ni pun IM masih tidur lagi. esok baru sedar betul kot...

Saturday, August 22, 2009

IM SAMPAI KL

hari ni IM datang KL. ayah hantar IM dan isteri KL sebab isteri dah start keja hari isnin ni. cuti bersalin 2 bulan dah habis. bertolak dr rumah TokMa pasir mas jam 9.40 pagi. ditemani dengan poksu Toh (adik ipar) sekali untuk bergilir pandu kereta.

IM ni tidur dr pasir mas sampai lah ke kuala lipis. ada dkt 5 jam dia tido. sampai sini jam 5. 15 ptg. sampai umah kena cuci umah dulu maklumlah 2 bulan tinggal. tengok jiran sebelah rumah tak ada, balik kot maklumlah cuti sekolah.

IM sekarang berada dalam suasana baru, tiada lagi tok ma, tok abah, tok we, mok disisi. hanya mama dan ayah aje ada. ayah pun nak balik kelate dah minggu depan, sekolah dah buka. tinggallah IM dengan mama. kesian IM....

Saturday, August 15, 2009

IM BALIK KEDAI BULOH LAGI

Jumaat, 14 ogos bawa im balik kg kedai buloh jumpa mok, tokwe dan mak2 sedara yg lain. balik lepas solat jumaat. sebelum tu singgah rumah cikgu zulkifli dulu, dia ada buat majlis kesyukuran cukur anak dan naik rumah baru.

si Im ni asyik tido je dlm keta. masa makan nasib naik dia tak buat pe'el... baik je. lepas tu sampai rumah terus ke kg pauh tgk sepupu dapat baby baru gak. baby pompuan, nanti dapat kawan dengan Im.

balik umah tgk sepupu kat sebelah umah mok, dapat baby baru gak... baby boy.

Wednesday, August 12, 2009

IM BERSUNAT

kelmarin anak ayah bersunat. nenek tok ma tolong sunatkan. sebelum bersunat tu, im ni tak nak tidur. dia duk tengok kat nenek dia... macam tahu2 je nenek dia nak sunatkan kelmarin. last2 isteri saya tidurkan dia dulu, baru boleh sunatkan im. dalam duk tengah tidur pun mata dia duk menjeling lagi tok ma. lepas bersunat, menangis la sikit... biasa la bayi sakit sikit menangis... org dewasa pun begitu jugak!!!! HEHEHEHE...

lepas asar pulak pegi beli car seat dengan pump breast. beli car seat kat kedai sweet baby dekat dengan KB Mall. harga dia RM 125. Pegi beli pump breast kat kedai Anakku dekat pasir pekan. harga dia RM 199. balik umah try guna boleh lah keluar susu tu...

Tuesday, August 11, 2009

BAWA IM JALAN-JALAN BANDAR KB

Semalam aku dan isteri aku bawa im jalan-jalan di bandar Kota Bharu yang baru diubah menjadi jalan sehala. kami pergi sambil menghantar abang ipar naik bas ekspress balik ke kulim.

Im nampak sedikit kehairanan kerana inilah kali pertama aku bawanya naik kereta pada waktu malam. dia senyap saja dan asyik memerhatikan cahaya lampu yang terang benderang di sekitar bandar Kota Bharu.

aku pusing satu bandar nak biasakan diri dengan keadaan laluan jalan yang baru. ada jalan yang sebelum ini ditutup telah dibuka, jalan di sekitar stesen bas dibesarkan, banyak lampu isyarat tambahan diwujudkan. kalau tak biasakan diri, pasti pening kepala nak masuk bandar KB ni...

Friday, August 7, 2009

IM BALIK UMAH NENEK KEDAI BULOH

semalam saya dan isteri bawa balik im umah nenek dia kat kedai buloh. sudah 45 hari im duk kat umah nenek sebelah isteri, kat pasir mas. sampai je kat umah, im nampak macam tak biasa dengan suasana baru. org tua kata berubah angin. im susah nak tidur, mata asyik melilau tengok pak2 sedara, mak2 sedara dan sepupu2 yg lain.

tapi ALHAMDULILLAH, malam semalam im tidur lena.. tak kena bersengkang mata jaga im. esok dah nak balik pasir mas semula. sekejap je im kat umah kedai buloh... kesian im...