Saturday, October 24, 2009

IM BERSANTAI DI TASIK SERI CHEMPAKA, BANDAR BARU BANGI

          Hari ini, IM dibawa ayah dan mama bersantai di tasik Seri Chempaka. kami pergi jam 2.15 petang. mula2 tu kami singgah kat restoran di bandar baru bangi makan tengahari. lepas tu ayah pergi ke stesen bas Kajang beli tiket nak balik Kota Bharu malam esok. Ayah beli tiket bas Transnasional naik di Putrajaya Sentral jam 9.10 malam. 


         Nak pergi Tasik, hari masih panas lagi, ayah dan mama ambil keputusan pergi bank Islam di Bandar Baru Bangi masukkan duit raya IM sebanyak RM300.00. Lepas tu, kami pergi pulak kat Billion, PKNS . Kami jumpa dengan kawan ayah, pakcik Hafiz. Dia nak kahwin bulan 12 ni, dia jemput kami sekeluarga pergi rumahnya di Sungai Ramal di majlis kahwinnya nanti.


        Jam dah pukul 4.30 petang, hari pun dah tak berapa panas, kami pun pergi ke Tasik. Sebelum tu, mama beli ayam goreng dan air dulu kat KFC untuk makan di tasik tu nanti. sampai di Tasik, ayah dan mama cari tempat yang sesuai untuk bersantai sambil makan makanan yang dibeli. Kami pilih kawasan di atas rumput dekat dengan alat senaman. 


      Sambil makan, ayah dan mama bergilir-gilir ambil gambar buat kenangan. Kebetulan kat situ ada sepasang remaja duk 'bergewe' agaknya. Ayah minta budak pompuan tu tolong ambil gambar kami. ni gambarnya,


                   IM bergambar bersama mama, kat situ la kami makan sambil tengok pemandangan tasik.



                            yang ni pulak gambar IM dengan ayah, habis ayah makan ayam KFC... 



                                   yang ni pulak gambar kami bertiga, KELUARGA BAHAGIA...



                                      gambar ni kat tengah dataran tasik, eratnya kami betiga ni....



            Lepas puas bergambar dan makan, kami pun pulang semula ke rumah di Taman Puncak Jalil jam 5.40 petang. hari yang menyeronokkan buat IM bersama ayah dan mama.

Saturday, October 17, 2009

'MAKE GULAI' RUMAH SEPUPU AYAH

Hari ni, ayah bawa IM dan mama pergi 'make gulai' rumah sepupu ayah (abe ngah) di Kepong. Anak dia hok nikah dgn adik abe long (suami kak long chik) seminggu lps hari raya hari tu dibawa ke sini (menghantar pengantin perempuan).

kami pergi jam 12.50 tgh hari, lalu ikut jalan KL, masuk jalan Kuching terus ke Kepong. perjalanan pergi mengambil masa hanya lebih kurang setengah jam. 2-3 kali juga ayah telefon ko ayah Yi (anak mokwe) tanya arah jale nak gi sana. sebelum sampai tempat hok nak tuju, ayah berhenti di Masjid al-Faizin dulu, mama nak solat zohor. lepas tu baru kami pergi rumah sepupu ayah tu.

ayah dan mama make nasi hujan panas, lepas tu makan ais cendol. lps makan, berbual-bual dulu dengan chik dan ayah yi. pukul 3.40 ptg kami bertolak balik semula ke Taman Puncak Jalil. ayah singgah di Greenwood dulu beli tiket nak balik KB male esok. ayah balik ikut jale wangsa maju, ampang, cheras, sg besi. jauh sikit, jale pun jem. sampai rumah lewat doh jam 5.20 ptg. 

Saturday, October 10, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARIRAYA DI PAPN PUTRAJAYA DAN PAPN SUBANG

Malam semalam, IM sekeluarga pergi ke rumah terbuka hari raya di PAPN Putrajaya. kami bertolak dari rumah jam 8.45 malam dan sampai disana jam 9.15 malam. sampai je disana kami tengok orang lain dah start menjamu selera. kami lewat 15 minit, jadual program bermula jam 9 malam. kami dijemput ke majlis ini kerana mama jadi pemantau kat PAPN (pusat anak permata negara) disini.

ayah dan mama makan satay, mihun sup, roti jala dan buah-buahan. IM diam je sepanjang program ni... x berona langsung. mungkin im tahu majlis ni ramai orang jadi im tokse spoilkan program. orang lain semua pakai pakaian hari raya.. tapi ayah dan mama pakai baju biasa je. segan jugak mula2 tu nak masuk... tapi dek kerana tugas mama, kami masuk jugak.

lepas jamuan makan ada sesi ambil gambar beramai-ramai. tapi im dan ayah x ambil gambar masa tu... mama je ambil gambar sekali dengan pendidik, ibubapa dan anak2 PERMATA. sebelum balik, sempat jugak kami sekeluarga bergambar. kami balik jam 10.30 malam dan sampai di rumah jam 11 malam.

pagi ni pula, ada majlis hari raya juga di PAPN Subang. kat sini pun mama kena jadi pemantau PERMATA jugak. kami pergi jam 9.40 dan sampai di sana jam 10.10 pagi. kena tunggu 20 minit juga sebelum majlis bemula sebab persiapan untuk majlis tu belum siap lagi. pukul 10.30 majlis bermula. ayah dan mama makan nasi kerabu, nasi minyak, laksa, kek, koktail dan makaroni kuah sardin.

IM baik je dalam majlsi ni. im asyik tengok ayah makan je... bila ayah agah im, im terus senyum dan kadang2 bunyi suara kecil... galak. lepas makan kami terus balik rumah. sampai rumah jam 12 tengahari. lama jugak la kami berada di majlis tu... kenyang perut mama dan ayah.

Friday, October 9, 2009

AYAH DATANG LAGI JUMPA IM DAN MAMA

Semalam, 8 okt (khamis) ayah naik bas di Terminal KB jam 9 mlm ke Kajang. Tokwe hantar ayah dengan motor. stesen bas ni baru pindah minggu lepas dari jalan hamzah ke sini. Terminal baru ni terletak kat kawasan Tesco... jalan depan sikit dari Tesco jumpalah.

ayah sampai di Kajang jam 6.10 pagi. sementara tunggu Im dan mama sampai ayah Solat Subuh dulu. lepas tu tunggu sampai pukul 6.50 barulah mama sampai. ayah tengok Im ni makin comel dan makin putih. tubuh pun makin panjang. masuk hari ni usia Im dah 3 bulan 17 hari.