Wednesday, September 15, 2010

IM MASUK WAD LAGI...

Semalam, jam 3 petang Im dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. sebelum tu mama, tokma dan ayah Mi bawa Im ke Hospital Tendong dengan kereta ayah Mi. lepas tu doktor di Tendong suruh bawa ke Hospital KB ni. Im didapati menghidapi Pneumonia atau radang paru2.

semasa Im dibawa ke Hospital Tendong, ayah masih dalam perjalanan balik dari sekolah ke rumah. sampai di Hospital Tendong, ayah terus singgah dan tengok Im sedang di pegang mama dan Tokma. mama suruh ayah ambil ubat yang ambil sebelum ni di rumah. bila ayah balik ambil, Im dah nak dimasukkan ke Hospital KB.

Im, mama dan tokma naik van ambulan ke Hospital di Kota Bharu. ayah pula naik myvi seorang diri. sampai di hospital, ayah tengok Im dah pun berada di dalam bilik kecemasan. ayah lambat sikit sebab tersekat dalam jem. doktor terus periksa Im, ayah dan tokma pergi solat zohor, jam dah nak pukul 4, lepas tu Im dibawa ke bilik Xray untuk xray dada Im.

pukul 4.20 ayah ke sekolah ambil GL. lepas tu pergi rumah PK1 minta tandatangan GL. dalam perjalanan mama telefon bagitau Im dah dipindahkan ke wad 1. lepas solat asar, ayah terus pergi semula tengok Im dalam wad 1. masa tu kebetulan Cik Ta, ayah Mi, ayah Chik juga sampai. Mok, Makngah, Uda dan Mak sedara yang lain juga sampai. im masa ni dah nampak 'galak'. mungkin sebab dah makan ubat tapi badan masih lemah lagi.

pukul 8 malam nurse panggil suruh bawa masuk Im ke bilik rawatan. Im macam tahu2 je nak kena suntik, terus diam dan nampak macam takut. ada dalam 20 minit baru habis sesi suntik Im dan ambil darah. Im menangis kerana sakit. mama tak sanggup tengok, kepala ditundukkan. ayah pula gagahkan diri tengok macamana doktor suntik dan ambil darah Im.

sekarang jam 7.30 pagi, Im masih tidur. semoga anakku ini cepat2 sembuh, INSYA ALLAH!