Khamis, 14 Januari jam 4.42 ayah berada di airport pengkalan chepa menuju ke LCCT Sepang. ayah datang dengan kereta shukur anak mok we tolong hantarkan. Cik Mus pun ada sekali, dia nak ke Pondok sek. arab Panchor nak ambil barang2 dia kat sana sambil nak bawa balik Munirah anak makcik Nah sekali. mereka dah putuskan tak nak tinggal kat sana, nak berulang dengan van ke sekolah.
sampai je kat airport, ayah tengok orang ramai dengan kenderaan berbagai jenis. sampai kat check-in ayah tanya penjaga tiket kat sana kenapa orang ramai hari ni? dia jawab Pemangku Sultan Kelantan Tengku Mohd. Faris nak turun dari KL. Jadi, orang2 PAS dan Umno pakat2 berhimpun untuk menyambut Baginda sambil nak tunjukkan sokongan masing2. Polis trafik pun ramai berjaga kat sini... jalan jadi 'jem' sikit.
sambil tunggu flight jam 5.25 petang, ayah ambil kesempatan ni untuk tulis dalam blog buat tatapan im bila dah besar nanti. balik sekolah tadi ayah ambil Cik Mus di Pondok dia, dia dan kawan2 yang lain termasuk Munirah anak makcik Nah tokse duk kat pondok dah. nak berulang dengan van.
No comments:
Post a Comment