HARI NI IM DAPAT ALMARI KARTUN YG BARU. ALMARI NI MAMA BELI KELMARIN DULU LAGI, TAPI BARU DIHANTAR HARI INI. MAMA BELI ALMARI NI DI KOTA BHARU.
HARAP2 IM GEMBIRA DAPAT ALMARI NI.
Monday, October 8, 2012
Wednesday, February 15, 2012
IM MASUK TASKA
hari ini rabu, 15 februari Im mula masuk sekolah Taska Perpaduan Permata Sri Gutong di Bunut Susu, Pasir Mas. Ayah menemani Im ke taska seawal jam 7.45 pagi lagi. ayah terpaksa mengambil cuti khas untuk menemani Im di taska hari ini. Imsampai di taska lebih kurang jam 7.55 pagi. kanak-kanak lain masih belum ramai yang sampai.
setelah masuk ke dalam taska, pembantu taska meminta fail Im dan ayah terus memberikan fail itu kepadanya. hari ini ada 2 orang pembantu taska dan seorang guru. seorang lagi guru tidak hadir sebab dia ada ujian memandu dengan pihak JPJ.
pembantu taska kemudiannya memimpin tangan Im pergi bermain dengan kawan-kawan yang lain di sudut hujung bangunan taska. Im nampak kekok dan kurang berinteraksi dengan kawan-kawan yang lain. mungkin kerana Im belum biasa dengan kawan-kawan barunya ini.
ayah sempat mengambil beberapa keping gambar Im sepanjang berada di taska hari ini. ada gambar Im sedang bermain, makan dan berinteraksi dengan kawan.
hari ini dan esok cikgu taska beritahu boleh balik awal selepas makan tengahari iaitu pukul 12 tengahari. bermula minggu depan barulah Im akan balik seperti mana jadual biasa iaitu paling awal jam 3.30 petang. selepas makan tengahari, ayah pun beritahu guru taska untuk membawa pulang Im. tamatlah aktiviti Im di taska hari ini, esok giliran mama pula menemani Im kat taska ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)















