Thursday, January 14, 2010

taking flight to c u...

Khamis, 14 Januari jam 4.42 ayah berada di airport pengkalan chepa menuju ke LCCT Sepang. ayah datang dengan kereta shukur anak mok we tolong hantarkan. Cik Mus pun ada sekali, dia nak ke Pondok sek. arab Panchor nak ambil barang2 dia kat sana sambil nak bawa balik Munirah anak makcik Nah sekali. mereka dah putuskan tak nak tinggal kat sana, nak berulang dengan van ke sekolah.

sampai je kat airport, ayah tengok orang ramai dengan kenderaan berbagai jenis. sampai kat check-in ayah tanya penjaga tiket kat sana kenapa orang ramai hari ni? dia jawab Pemangku Sultan Kelantan Tengku Mohd. Faris nak turun dari KL. Jadi, orang2 PAS  dan Umno pakat2 berhimpun untuk menyambut Baginda sambil nak tunjukkan sokongan masing2. Polis trafik pun ramai berjaga kat sini... jalan jadi 'jem' sikit.

sambil tunggu flight jam 5.25 petang, ayah ambil kesempatan ni untuk tulis dalam blog buat tatapan im bila dah besar nanti. balik sekolah tadi ayah ambil Cik Mus di Pondok dia, dia dan kawan2 yang lain termasuk Munirah anak makcik Nah tokse duk kat pondok dah. nak berulang dengan van.

Sunday, January 10, 2010

IM balik kampung, pakcik mama meninggal...

khamis, 7 januari, IM balik kampung dengan mama, ayah yi dan pok su tof. IM bertolak dari rumah jam 4 petang. sampai di Pasir Mas jam 1.15 pagi. masa IM sampai tu, ayah dah pun tidur sebab terlalu mengantuk. ayah ingat nak tunggu sampai IM tiba, tapi tak boleh, ayah tidur jam 12.45 pagi.

pagi jumaat, ayah pergi pasar pagi kat wakaf bharu dengan ayah ni, ayah mi dan ayah ja. lepas solat jumaat, semua keluarga tokma yang ada pergi ziarah toksu dah, hok duduk di kg. Siram, dia uzur. malam tu, ayah pergi majlis tahlil rumah kak yi, sepupu mama di Lundang, Kota Bharu. Ayah pergi dengan Ayah Ni, Ayah Yi, Ayah Ja dan Poksu Tof. 

pagi sabtu, IM balik Kedai Buloh dengan Ayah dan Mama. IM dan keluarga sebelah pergi hantar Cik Mus ke Pondok Sekolah Agama Arab Panchor, Kemumin. lepas selesai urusan hantar Cik Mus, kita makan kat restoran Nasi Ulam Cikgu di Pengkalan Chepa. Semua orang royat sedap makan disitu, pandai ayah pilih tempat makan.

petang tu, balik semula rumah Tokma di Anak Keranji. Sebelum tu ayah singgah kat Mydin dulu beli pampers IM, pampers Fitti Basic, IM selesa pakai pampers jenama ni...

pagi ahad, jam 11 IM, Mama, Ayah Yi dan Poksu Tof balik semula ke KL. Ayah gi sekolah pagi lagi... pukul 7. ayah pergi tu IM duk tidur lagi. Ayah nak kejut tak sampai hati, jadi ayah cium IM masa IM tidur je...