Wednesday, December 30, 2009

IM BERPISAH DENGAN MAMA BUAT SEMINGGU

Mula 22/12/09 (selasa) malam, hingga 28/12/09 (isnin) IM terpaksa berpisah dengan mama. mama kena kursus kat sungai Congkak dan terpaksa tinggalkan IM kat kampung. ayah pulak ada mesyuarat hari rabu, khamis, dan ahad.

IM duk rumah tok ma. kat rumah tok ma IM nak gi sangat dengan cik Ti, mungkin ingat cik Ti tu macam mama. dengan ayah, IM tak berapa nak pergi kalau ayah nak ambil, tapi kalau IM nampak cik Ti, IM terus nak pergi. hari rabu, khamis dan jumaat tu ada kak Ecah dan abg Aufa duk bergurau dengan IM. IM suka sangat bermain dengan kak Ecah. masa ditinggalkan mama ni, IM kerap sangat minum susu, dalam 2 jam sekali kena minum susu. mama pulak tiap2 malam dan siang telefon tanya khabar IM, rindu la katakan...

hari jumaat petang tu, ayah wat gi IM rumah Mok, Kedai Buloh. ayah bawa IM dalam keta dengan ayah masukkan IM dalam tempat letak bayi kat depan ayah. ayah tokleh bawa laju keta sebab IM ada kat dada ayah, susah sikit nak gerakkan kereta. kat sini, IM main dengan cik Mus, Moksu Mah, kak long, kak siti, abe ngah, dan mok Ini. Mula2 tu IM nampak tak ceria sebab jarang2 balik Kedai Buloh, tapi akhirnya IM galak jugak main dengan mok, tokwe dll.

hari sabtu petang tu, IM balik semula pasir mas. kak Ecah dan abang Aufa balik Jertih doh. tinggal tok ma, tok abah dan cik Ti je.

hari isnin malam, IM balik semula ke KL, jumpa mama. IM datang naik Air Asia dengan ayah. flight delay dalam 45 minit. sepatutnya naik jam 9.10 malam, tapi naik jam 9.55 malam. Mok mari hantar dengan kereta Pok Kor.

mula2 naik ktu, IM tak berona lagi. dalam 10 minit nak mendarat, IM mula buat pe'el. IM teriak kuat jugak. ayah tak tahu nak wat gapo doh, balik kot tu tak kena, balik kok ni tak kena. sampai orang sebelah dan belakang pun tolong tenangkan jugak IM. rupa2nya IM nak tido, ayah letak atas belakang sambil ulit2 akhirnya IM tido.

turun di airport LCCT, mama ada dah tunggu... bertemu juga 2 beranak yang seminggu dipisahkan... 

 

AYAH JA BERTUNANG DAN MAIN AIR KAT PD

19/12/09 (sabtu), uncle IM, ayah Ja bertunang. ramai keluarga IM belah mama datang termasuk tok ma, mak long sekeluarga, cik Ta sekeluarga, ayah Ni sekeluarga, ayah Ji sekeluarga, ayah Yi sekeluarga, ayah Ja, ayah Chik dan Poksu Toh. Tinggal tok Abah dan Cik Ti je kat kampung. diorang datang kelmarin lagi, tidur rumah IM kecuali ayah Ji sekeluarga tidur rumah mertua dia kat Bangi.

Pagi sabtu tu, pukul 11 pagi kitorang bertolak ke rumah tunang ayah Ja kat taman Manjalara, Kepong dekat dengan rumah sepupu ayah kat Taman Ehsan Jaya. kami sampai kat sana pukul 12 tengahari. terus bapa mertua ayah Ja jemput kami makan tengahari. Lepas makan, majlis perbincangan pasal pertunangan pun bermula. ayah Ni menjadi jurucakap dalam perbincangan ini.

Tuesday, December 15, 2009

PERTAMA UNTUK IM









ini mainan pertama IM, 6 ekor keluarga itik. 2 ekor lagi pergi merayau... tak jumpa.... yg pakai spek tu ayah dia, macam ayah IM jugak...


 yang ni buku @ mainan IM jugak. punya la rajin IM baca buku sampai tidur pun atas buku... dahsyat..dahsyat!!!



bestnya IM makan... makanan pertama IM nestum beras, mama yang suapkan... 

Wednesday, December 9, 2009

IM KE KARNIVAL CUTI SEKOLAH TV9

Hari ni, rabu, 9/12/09 IM dan mama, ayah dan ayah Ja pergi ke Karnival Cuti Sekolah di Perkarangan Stadium Bukit Jalil. Karnival ini dianjurkan oleh pihak TV9. Ayah Ja ada juga sebab dia dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang malam ni. Dia datang hari Sabtu lagi, pastu pergi Seremban dia ada kursus kat sana.

Kami pergi jam 3 petang. Sampai sana dalam pukul 3.20 petang. Orang tak berapa ramai datang, mungkin sebab program tu buat hari kerja bukan hari minggu. Mama cuti hari ni dapat M.C. 2 hari sejak kelmarin, sebab demam. hari ni pun masih demam lagi tapi sebab semangat nak pergi, ayah pun duk ajak, jadi mama pun pergi jugak.

inilah gambar2 yang dapat diambil disana.... tengoklah macamana aksi IM kat sana... BETUL!BETUL!BETUL!


 ini kat stage utama, mama dan IM bergambar kat sini

 
tengok la orang kat belakang tu, tak berapa ramai kan???


 kat sini pun orang tak ramai... hemmm!!!

 
nanti IM besar, ayah bawa IM kat tempat macam ni... IM mainlah puas2 ye!

 
ha! ha! yang ni IM dengan abang Shin Chan.... errr... buleh panggil abg ke???

 
 ha! itu dia Upin & Ipin dah datang... dia mai dah...

 
 IM, tengok kat depan tu, sapa???


 
 macamana IM rasa bila Upin dukung IM??? macam tak selesa je...

 
sebelum pulang, mama dan IM sempat lagi bergambar dengan si Badut ni...


 yang 2 ni, sepupu badut2 tadi... hehehehh... belakang sana tu apa ye???

 
HA! ni dia, IM dan mama bergambar dengan orang berkaki panjang. Oooooo!!! tingginya abang panjang ni.... nanti senang nak suruh petik buah kelapa. 

Saturday, December 5, 2009

IM HADIRI MAJLIS KONVOKESYEN PAPN PUTRAJAYA

4 November, khamis, IM, mama dan ayah hadiri majlis konvokesyen Anak Permata Negara Putrajaya bagi anak2 berumur 4 tahun di Taman Ekuestrian Putrajaya. Kami pergi jam 7.50 malam dengan kereta BLM mama. Sampai kat sana jam 8.20 malam, program start jam 8.30 malam.

Dalam majlis tu, mama kena bagi ucapan mewakili PAPN Pusat. Seramai 11 orang anak PERMATA yang konvo malam tu. semuanya comel2 dan cute2. IM, mama dan ayah duduk kat meja VIP. Lepas ucapan, ada persembahan dari anak2 yang menerima skrol konvokesyen tu. Lepas tu, ada jamuan makan malam. Kemudian majlis menerima skrol bermula, dan sesi bergambar bersama anak2 PERMATA dan juga pedidik serta ibubapa, termasuk mama sekali.









Pengerusi Majlis malam tu... 


IM tenang je malam tu... semua orang suka IM tenang macam ni
  


Mama duk tengok apa tu??? sampai macam tu sekali!!!


Ketua Pendidik sedang memberikan ucapan alu-aluan



Pengerusi PIBP sedang menyampaikan ucapan


IM dan mama... IM tengok apa tu???



Giliran Mama pula kena sampaikan ucapan... ada bakat jugak mama berucap ni...



Mama sedang khusyuk menyampaikan ucapan sampai tak tengok audiens



Puan Nani, Mentor PAPN Putrajaya berucap dan merasmikan majlis...



gimik semasa merasmikan majlis



Anak PERMATA sedang membuat persembahan




menyanyi kerana gembira... menari kerana sedih... (betoi ka???)

 


Anak2 PERMATA selepas menerima skroll...




anak2 bergambar dengan pendidik2, mentor2 dan pegawai pemantau (mama la tu...)





mama menerima cenderahati dari pengerusi PIBP



 
Antara ibubapa yg hadir

 
sebelum pulang, sesi bersalaman antara anak2, ibubapa, dengan pendidik, mentor dan mama...



IM, ayah dan mama sempat lagi bergambar atas kuda sebelum balik...



Tuesday, December 1, 2009

CATATAN KELAHIRAN IM OLEH MAMA....

IM,

Mama tahu mengandung ko IM bulan 11 2008, masa tu IM dah umur sebulan. Mama balik kampung masa tu, ayah beli alat pregnant test kat farmasi, keputusan test tu menunjukkan mama positif mengandung ko IM. Mama rasa takut sebenarnya untuk mengandung bila dengar cerita macam2 pasal susah bersalin dan juga takut tak reti macamana nak jaga dan didik anak jadi orang soleh, baik dan berguna.

mama tak teruk sangat alahan, cuma muntah2 pada waktu Maghrib, selera makan macam biasa sehingga la IM berumur 6 bulan. kemudian mama dah start makan banyak. semua benda mama nak makan. tak dok benda hok mengidam sebab semua rasa nak makan. hehehe... pahtu 7-10 bulan tu mama jadi gedebok besar. badan mama jadi gemuk, muka jadi comot kotor, hdoh sampai cik Ta kata "sapa nak bawa budak hodoh ni, doh la ite".

Sepanjang mengandung, kesihatan mama baik. darah tinggi ok, HB ok, takdok kencing manis. berat badan mama naik dari 46kg. jadi 69kg. Mama beli sikit barang2 ko IM, baju, stroller, kain lampin, barut perut, dan alatan2 baby hok lain.