Mula 22/12/09 (selasa) malam, hingga 28/12/09 (isnin) IM terpaksa berpisah dengan mama. mama kena kursus kat sungai Congkak dan terpaksa tinggalkan IM kat kampung. ayah pulak ada mesyuarat hari rabu, khamis, dan ahad.
IM duk rumah tok ma. kat rumah tok ma IM nak gi sangat dengan cik Ti, mungkin ingat cik Ti tu macam mama. dengan ayah, IM tak berapa nak pergi kalau ayah nak ambil, tapi kalau IM nampak cik Ti, IM terus nak pergi. hari rabu, khamis dan jumaat tu ada kak Ecah dan abg Aufa duk bergurau dengan IM. IM suka sangat bermain dengan kak Ecah. masa ditinggalkan mama ni, IM kerap sangat minum susu, dalam 2 jam sekali kena minum susu. mama pulak tiap2 malam dan siang telefon tanya khabar IM, rindu la katakan...
hari jumaat petang tu, ayah wat gi IM rumah Mok, Kedai Buloh. ayah bawa IM dalam keta dengan ayah masukkan IM dalam tempat letak bayi kat depan ayah. ayah tokleh bawa laju keta sebab IM ada kat dada ayah, susah sikit nak gerakkan kereta. kat sini, IM main dengan cik Mus, Moksu Mah, kak long, kak siti, abe ngah, dan mok Ini. Mula2 tu IM nampak tak ceria sebab jarang2 balik Kedai Buloh, tapi akhirnya IM galak jugak main dengan mok, tokwe dll.
hari sabtu petang tu, IM balik semula pasir mas. kak Ecah dan abang Aufa balik Jertih doh. tinggal tok ma, tok abah dan cik Ti je.
hari isnin malam, IM balik semula ke KL, jumpa mama. IM datang naik Air Asia dengan ayah. flight delay dalam 45 minit. sepatutnya naik jam 9.10 malam, tapi naik jam 9.55 malam. Mok mari hantar dengan kereta Pok Kor.
mula2 naik ktu, IM tak berona lagi. dalam 10 minit nak mendarat, IM mula buat pe'el. IM teriak kuat jugak. ayah tak tahu nak wat gapo doh, balik kot tu tak kena, balik kok ni tak kena. sampai orang sebelah dan belakang pun tolong tenangkan jugak IM. rupa2nya IM nak tido, ayah letak atas belakang sambil ulit2 akhirnya IM tido.
turun di airport LCCT, mama ada dah tunggu... bertemu juga 2 beranak yang seminggu dipisahkan...
No comments:
Post a Comment