Dah 2 minggu lebih ayah tak tulis dalam blog IM ni. Rasa rindu pulak nak menulis dalam ni. Nanti bila IM besar dan dah pandai baca, IM baca blog ni ye.
kelmarin, 17 April 2010, sabtu, ayah, IM dan mama main air hujan dalam kolam buatan plastik yang mama beli. kitorang main air jam 6.30 petang. lepas asar tu hujan, jadi ayah ambil kesempatan letak kolam tu kat luar bahagian dapur. biar kolam tu dipenuhi air hujan. sambil tu juga ayah dan mama guna air paip, punggah dengan baldi. banyak juga air yang perlu digunakan untuk memenuhkan kolam tu. tapi, ayah tak isi penuh, sebab dah penat punggah air, lagipun dah lewat untuk ayah bersiap naik bas pulak malam tu.
sayangnya, kamera mama berona pulak. pergi baiki kat tempat beli tu di Warta, Bangi. baru je beli bulan 1 baru ni, dah rosak, tak boleh nak snap terus mati. tuan kedai tu cakap dalam 2 @ 3 minggu baru boleh siap. apa la cina ni jual kamera mudah rosak. lain kali ayah cakap tak nak beli kat kedai dia lagi. kalau ada kamera pasti best boleh masukkan gambar kita main air dalam ni.
sebelum main air tu, ayah dan mama kemas dapur dulu. ayah ambil tikar getah lapik kat dapur tu letak kat luar biar kena hujan. semasa angkat tikar getah tu, ada lipan seekor sedang merayap kat bawah tikar getah. nasib baik mama dan ayah sempat pukul mati lipan tu. kalau tak, nanti digigitnya kaki mama @IM, pasti sakit.
IM seronok sangat dapat main air. ayah pulak sekali sekala ambir air curah kat IM, terkapai2 IM dibuatnya. dalam setengah jam juga main air, lepas tu IM menggigil kesejukan, bibir pun dah biru. mama pun angkat IM naik lap dengan kain tuala dan terus pakaikan baju dan seluar. lepas tu Im terus tidur dengan lenanya. sampai hantar ayah jam 9.10 malam tu pun IM tidur lagi. sampai kat Putrajaya Sentral barulah IM sedar. lebih kurang jam 9.20 malam, baru bas bertolak dan ayah tinggalkan mama dan IM kejap kat sana... jumpa lagi minggu depan... INSYA ALLAH!
Sunday, April 18, 2010
Thursday, April 1, 2010
AYAH LONG DATANG, JALAN2...
Rabu, 31 Mac 2010, ayah long sekeluarga dari Gua Musang datang rumah IM. sekolah cuti sempena hari keputeraan Sultan Kelantan, jadi ayah long berkesempatan datang sambil nak jalan2 kat KL.
Mama dan ayah jemput ayah long kat PICC, kerana pada masa ayah long sampai tu mama dan abah dah ada kat putrajaya. IM ayah hantar kat nursery sebab ayah dan mama nak kemas rumah dan bilik pagi tu. IM menangis bila dihantar kat nursery, kesian pulak ayah tengok, silap2 haribulan ayah pun menangis sama tengok IM menangis. sebelum ni IM ketawa je... emosi IM dah terbentuk.
Ayah long datang bersama dengan kawan dia, pakcik Arifin, kawan ayah long sejak dari sekolah menengah lagi. persahabatan mereka sangat utuh sampai hari ini, susah nak jumpa pershabatan macam mereka. Dari PICC, pergi ke Masjid Putrajaya. Kawan ayah Long dah berjanji dengan pakcik dia yang tinggal di Putrajaya untuk jumpa kat sana. lepas pergi Masjid Putrajaya, terus balik rumah, tapi ayah long singgah kat Jusco dulu.
hajatnya malam tu nak pergi Alamanda, tapi Ayah Long sekeluarga dah penat, balik rehat pastu tidur. keesokannya, 1 April, kami pergi Hospital Putrajaya dulu, mama ada appointment dengan doktor pakar kat sana pasal sakit mata yang mama tanggung sejak 3 minggu ni. lama jugak kat hospital ni, dalam 3 jam lebih, lepas tu baru pergi KLCC. Tapi sayangnya kamera mama tak ada bateri, wayar charger kamera hilang. so, tak boleh la nak post gambar2 semasa kat KLCC disini. sayangnya...
di KLCC, mula2 tu kami masuk taman air kanak2. anak2 ayah long seronok bermain air, IM pulak bermain air jugak, tapi dalam kolam kecil sambil diawasi mama dan ayah. Im seronok sangat dapat mandi kat kolam tu. rasanya kalau boleh sehari nak berendam dalam kolam tu. lepas mandi, kami makan kat tempat duduk yang disediakan.
lepas makan, kami naik kat Petrosains pulak. memang best masuk Petrosains ni, walaupun tiketnya berharga RM 12 seorang bagi dewasa, tapi kira berbaloilah sebab banyak benda menarik yang dapat dilihat dan dipelajari dalam ni. mula2 tu kami kena naik gondola untuk pergi ke stesen2. Waktu dalam gondola tu, keadaan sangat gelap. diberikan penerangan tentang alam dan akhirnya dia ucap " SELAMAT DATANG KE PETROSAINS". lebih kurang macam tulah... IM tak paham apa-apa hanya tengok sekejap pastu tertidur sampai la kat stesen"pelantar minyak"-
kami masuk jam 3.40 petang, petrosains ni tutup jam 5.30. mengikut kata kakak yang jaga kat pendaftaran ni, biasanya orang masuk selama 3 jam, baru puas jalan2 dalam tu. dan memang benar kata kakak tu, banyak benda yang ada dalam Petrosains tu... dan banyak juga yang kami terpaksa skip sebab kesuntukan masa.
jam 5.20 petang kami keluar dari Petrosains dan terus pulang. dalam perjalanan pulang, ambil cik la dulu dari Usim Nilai. Dia naik komuter turun di Stesen Serdang. masa keluar tu jalan jem teruk. sampai kat cik la pukul 8 malam. lepas tu kami pergi Alamanda. orang tak berapa ramai kat Alamanda malam ni. suasana pun tak berapa meriah. bila berada kat Alamanda ni, rasa kecil je tempat ni, sebab petang tadi dah berada di tempat yang besar (KLCC).
Kami masuk Alamanda dalam 1 jam lebih je. lepas tu keluar pergi makan kat medan selera di Presint 16. lepas makan, terus balik rumah, sampai jam 11.10 malam. semua orang keletihan, terutamanya ayah. ayah sampai demam kena makan ubat baru okey.
Mama dan ayah jemput ayah long kat PICC, kerana pada masa ayah long sampai tu mama dan abah dah ada kat putrajaya. IM ayah hantar kat nursery sebab ayah dan mama nak kemas rumah dan bilik pagi tu. IM menangis bila dihantar kat nursery, kesian pulak ayah tengok, silap2 haribulan ayah pun menangis sama tengok IM menangis. sebelum ni IM ketawa je... emosi IM dah terbentuk.
Ayah long datang bersama dengan kawan dia, pakcik Arifin, kawan ayah long sejak dari sekolah menengah lagi. persahabatan mereka sangat utuh sampai hari ini, susah nak jumpa pershabatan macam mereka. Dari PICC, pergi ke Masjid Putrajaya. Kawan ayah Long dah berjanji dengan pakcik dia yang tinggal di Putrajaya untuk jumpa kat sana. lepas pergi Masjid Putrajaya, terus balik rumah, tapi ayah long singgah kat Jusco dulu.
hajatnya malam tu nak pergi Alamanda, tapi Ayah Long sekeluarga dah penat, balik rehat pastu tidur. keesokannya, 1 April, kami pergi Hospital Putrajaya dulu, mama ada appointment dengan doktor pakar kat sana pasal sakit mata yang mama tanggung sejak 3 minggu ni. lama jugak kat hospital ni, dalam 3 jam lebih, lepas tu baru pergi KLCC. Tapi sayangnya kamera mama tak ada bateri, wayar charger kamera hilang. so, tak boleh la nak post gambar2 semasa kat KLCC disini. sayangnya...
di KLCC, mula2 tu kami masuk taman air kanak2. anak2 ayah long seronok bermain air, IM pulak bermain air jugak, tapi dalam kolam kecil sambil diawasi mama dan ayah. Im seronok sangat dapat mandi kat kolam tu. rasanya kalau boleh sehari nak berendam dalam kolam tu. lepas mandi, kami makan kat tempat duduk yang disediakan.
IM sedang mandi dengan sepupu2, anak ayah long. (gambar ihsan dari kamera ayah long)
kami masuk jam 3.40 petang, petrosains ni tutup jam 5.30. mengikut kata kakak yang jaga kat pendaftaran ni, biasanya orang masuk selama 3 jam, baru puas jalan2 dalam tu. dan memang benar kata kakak tu, banyak benda yang ada dalam Petrosains tu... dan banyak juga yang kami terpaksa skip sebab kesuntukan masa.
jam 5.20 petang kami keluar dari Petrosains dan terus pulang. dalam perjalanan pulang, ambil cik la dulu dari Usim Nilai. Dia naik komuter turun di Stesen Serdang. masa keluar tu jalan jem teruk. sampai kat cik la pukul 8 malam. lepas tu kami pergi Alamanda. orang tak berapa ramai kat Alamanda malam ni. suasana pun tak berapa meriah. bila berada kat Alamanda ni, rasa kecil je tempat ni, sebab petang tadi dah berada di tempat yang besar (KLCC).
Kami masuk Alamanda dalam 1 jam lebih je. lepas tu keluar pergi makan kat medan selera di Presint 16. lepas makan, terus balik rumah, sampai jam 11.10 malam. semua orang keletihan, terutamanya ayah. ayah sampai demam kena makan ubat baru okey.
Subscribe to:
Posts (Atom)