IM,
Mama tahu mengandung ko IM bulan 11 2008, masa tu IM dah umur sebulan. Mama balik kampung masa tu, ayah beli alat pregnant test kat farmasi, keputusan test tu menunjukkan mama positif mengandung ko IM. Mama rasa takut sebenarnya untuk mengandung bila dengar cerita macam2 pasal susah bersalin dan juga takut tak reti macamana nak jaga dan didik anak jadi orang soleh, baik dan berguna.
mama tak teruk sangat alahan, cuma muntah2 pada waktu Maghrib, selera makan macam biasa sehingga la IM berumur 6 bulan. kemudian mama dah start makan banyak. semua benda mama nak makan. tak dok benda hok mengidam sebab semua rasa nak makan. hehehe... pahtu 7-10 bulan tu mama jadi gedebok besar. badan mama jadi gemuk, muka jadi comot kotor, hdoh sampai cik Ta kata "sapa nak bawa budak hodoh ni, doh la ite".
Sepanjang mengandung, kesihatan mama baik. darah tinggi ok, HB ok, takdok kencing manis. berat badan mama naik dari 46kg. jadi 69kg. Mama beli sikit barang2 ko IM, baju, stroller, kain lampin, barut perut, dan alatan2 baby hok lain.
Due date IM bersalin adalah 17/6/09. Mama ambik cuti awal seminggu untuk balik kampung. Kebetulan cuti sekolah, ayah mari, pahtu mama ikut balik sekali selalu lah... tunggu sampai due IM tak kuar2 jugak... mama gi check di klinik Desa Bunut Susu. cerita pasal klinik ni, masa mama di Puncak Jalil, mama check perut di KK Putrajaya. masa balik kampung ni, mama kena arok ke KK tu KK ni sebab mama ni kira tumpang beranak jah. mula2 tu gi KK Pasir Mas, nurse kata pesakit dia, suruh gi KK Desa Kasa pun bukan, suruh gi Klinik Desa Bunut Susu, baru betul.
di klinik ni mama check due dalam 3 kali jugak. kali ketiga tu (20/6/09) tekanan darah mama tinggi sampai 130/80. nurse refer doktor di klinik Tendong, doktor refer ke HKB. masa mama gi check ni mama gi nga Tok Ma sebab ayah tak balik lagi, ngajar lagi. bila doktor refer HKB mama call ayah royat ko ayah.
mama tunggu ayah balik baru gi KK Tendong sebab mama kena gi nga van ambulans. masa naik ambulans ni tokma ikut sekali. masa ni mama tak sakit gapo pun. sapa di HKB mama jalan turun gi kat pendaftaran dewan bersalin... tunggu lama jugak la baru misi panggil check tekanan darah, air kencing dan kedudukan IM dalam kandungan mama.
duk lama pahtu misi bagi pss tag tangan masuk wad 1, masa ni tak sakit lagi. duk dale ni dia tak wat gapo. waktu maghrib tu dia panggil masuk bilik rawatan dia check jalan peranakan, masih 0, tak buka lagi tu, pahtu check jantung im, masih ok.
hari kedua dalam wad pagi tu dicheck lagi jalan masih sama. dalam pukul 9 pagi, doktor panggil gi bilik rawatan, dia check jalan (sakit ni, perit rasa). pahtu dia jolok masuk ubat sebiji, misi bagi nasihat lepas masuk ubat tak boleh tidur mengiring, nerak, kena tidur terlentang selama sejam (bagi ubat tu masuk / rasa betul2) tak boleh pergi kemana2.
selepas 1 jam, dalam pukul 11 pagi, mama mula rasa sakit, memulas2 tapi sekejap2 jah. duk main sakit sekejap2 begini, dalam pukul 1 petang atau 2 petang gitu la, misi panggil gi balik check jalan lagi, doktor muda lagi maybe dalam 24 tahun hok seluk check jalan. jalan mama baru buka 1 cm. masa ni tokma tunggu pahtu gilir dengan ayah tapi malam ayah takleh masuk jaga mama dalam wad.
masa mama sakit ni, tokma banyak bagi nasihat suruh mama selawat, istighfar dan ingat Allah banyak2. sehari mama duk sakit baru buka 1 cm, dari pagi pukul 11 hingga pukul 10 esoknya. *sebelum tu, mama kena pindah wad dari wad 24 ke wad 12 (wad kelas 1). Pindah ni dalam pukul 8 malam pada hari kedua duduk dalam wad. dalam wad 12 ni mama duduk di katil hujung sekali dekat dengan bilik vip.
pagi hari ketiga dalam wad, dalam pukul 7 pagi doktor cina tu mari check jalan peranakan lagi sekali, dia kata buka dah 2 cm. duk dalam pukul 9 check pulak jalan buka 4 cm, misi royat ko mama kena makan dan minum banyak nanti takleh makan, minum doh. masa ni mama acap doh rasa sakit. tokma tak tinggal mama sakit, duk ralit lerah, baca al-Qur'an, ajar baca doa sakit... la ila hailla anta, subhanaka inni kuntu minizzolimiin... dan macam2 doa lagilah. terima kasih tokma, jasamu tetap dikenang dan tak dapat dibalas.
hari ni ayah gi sekolah, ngajar. mama call ayah royat jalan peranakan buka 4 cm doh dan misi nak tolak masuk mama dalam labor room doh. masa call ni mama minta ayah bawa telur rebus tapi tak dapat, kesian ko mama tokleh nak makan doh- untuk pengetahuan IM, telur ni untuk bagi tenaga ko mama untuk push IM keluar. masa ayah sampai kat tempat mama dalam wad 12 ni, tokma duk nyimpan nak bawa barang2 hok penting jah. misi suruh minum nga makan sebab nak tolak masuk dalam dewan bersalin doh. mama takut sebenarnya dengan sakit tokleh nak cerita doh.
misi tolak mama masuk dewan bersalin. sini mama duk sore jah, ayah nga tokma tokleh masuk lagi, kena tunggu luar. mama duk atas troli panjang hok dia tolak tu kat tengah2 sebab dewan bersalin penuh dengan orang. mama tengok dan dengar macam2 kerenah misi dan juga pesakit didepan mata mama. tapi mama hok sakit ni tak caro doh, duk tahan sakit- sakitnya waktu ni...
duk tak lama pahtu ada la tempat kosong dalam dewan bersalin ni. bilik ni dai tutup dengan kain langsir jah. misi atau doktor keluar masuk dengan kaki dan kain terdedah jah sampai nampak punggung. rasa aib juga tapi sakit sangat tokleh nak royat.
misi dalam dewan bersalin ni check jalan peranakan mama lagi, sekali masuk 4 cm. dia tanya nak ada peneman ko? mama minta dia panggil ayah atau tokma. duk sekejap tu ayah masuk teman mama hok duk sakit sangat2 ni. masa ayah ada ni misi atau doktor muda tadi royat dia nak pecahkan air ketuban. mama rela jah la, tapi mama rasa paling sakit dan perit bila dia jolok jalan tu. mama lagi gerun bila tengok doktor tu pegang benda pecah ketuban tu panjang sehasta warna putih. perasaan mama masa tu bercampur2, takut, gerun, ngilu.. aduh... mama pegang tangan ayahsambil menangis serta tahan sakit ni.
mama mula rasa basah. sakit tu lebih kerap dan rasa nak kencing sokmo. berapa kali doh kencing atas tilam tu, sampai mama minta ayah suruh misi tukar kain selimut sebab bau hancing. ayah dan tokma bersilih ganti teman mama dalam bilik ni. duk dalam 2 jam misi mari check
No comments:
Post a Comment