sekarang ayah kat stesen bas Kota Bharu. Jam menunjukkan pukul 5.03 pagi. Ayah sedang tunggu Tokwe datang ambil. Ayah balik Kota Bharu naik bas Transnasional. Bertolak jam 9.10 malam tadi. Ayah tak turun makan semasa bas berhenti kat Merapoh, best sangat tidur...
semalam, IM ikut mama dan ayah ke Dengkil. Kita pergi tempat PERMATA mama kat sana jam 3.50 petang. Sebelum tu kita singgah tempat kerja mama dulu, mama nak ambil barang2. Mama ada kerja sikit kat sana dengan ibubapa kat sana. Pada mulanya IM baik je... tapi bila dah nak sampai sejam, IM mula 'berona' menangis... mungkin dah bosan kot. Kita balik jam 6.30 petang.
Hari Sabtu, kita pergi Kajang, cari tiket ayah nak balik Kota Bharu. Lepas tu, singgah makan kat restoran Fakhry dulu, mama makan bakso dan ayah makan kuetiaw sup. Kemudian kita pergi bank Islam, Bangi mama ambil duit RM3000.00 nak masukkan ke dalam akaun bank RHB ayah buat ayah bayar insurans dan road tax kereta ayah dan juga buat downpayment bayaran rumah teres 2 tingkat yang nak dibeli di taman SPP kat Kubang Gatal, Pasir Mas. Lepas tu, kita pergi kat Mydin bangi beli barang2 rumah sikit. Malam tu tengok perlawanan bola akhir piala Malaysia. Tapi sungguh kecewa dan sedih sebab pasukan Kelantan "Red Warrior" kalah kepada Negeri 9, 3-1.
Hari Jumaat tu pula ayah pergi ambil IM kat Nursery. Lepas tu baru pergi ambil mama kat tempat kerja.
No comments:
Post a Comment