Jumaat, 20 November, ayah mari kuala lumpur nak jumpa IM dan mama. Ayah bertolak jam 7.45 pagi dengan kereta Myvi seorang diri sore senyawa.Sampai di Tunjung, ayah berhenti kat stesen minyak Petronas isi minyak. Sampai di Kuala Krai jam 9.30 pagi. Masa tu hujan sejak dari rumah lagi. Bila masuk Chiku hujan berhenti.
Lepas tu berhenti lagi kat R&R Gua Musang nak buang air kecil. Ayah sampai di Gua Musang jam 11 pagi. Ayah singgah rumah ayah Long dulu, berhenti rehat. Ayah Long suruh ajar dia cara2 nak download movie. Ayah duk rumah ayah Long 2 jam, lepas makan nasi, ayah pun bertolak ke KL kira2 jam 1 tengahari.
Sampai di Pusat Rekreasi Sungai Yu, ayah berehenti kejap, mengantuk. Mungkin sebab makan nasi rumah ayah Long tadi. Ayah tidur dalam 40 minit. Lepas tu ayah bergerak semula. Sampai di stesen minyak petronas kat Benta, ayah berehenti untuk solat jamak taqdim zohor dan asar dan isi minyak. Ayah beli buah langsat dan duku yang dijual kat depan stesen minyak tu. Lepas tu, ayah mula bergerak semula.
Sampai di bandar Raub, jalan agak 'jem' kenderaan bergerak perlahan. Sampai kat bandar Bentong pun macam tu juga. banyak makan masa kat sini. Ayah masuk highway Karak jam 5.30 petang. Mama dah balik pergi ambil IM kat nursery. ayah bajet sempat ayah sampai dulu, tapi keadaan tak mengizinkan.
Sampai di Pandan Indah, jalan 'jem' jugak. sampailah ke laluan masuk jalan lumba kuda ni jalan 'jem'. Lepas tu, ayah tersilap jalan pulak, dahlah hujan tengah lebat, jalan pulak 'jem', tersilap jalan pulak, hei... panas hati sungguh.... ayah terambil jalan ke Putrajaya semula, sepatutnya masuk roundabout kat jalan lumba kuda tu ambil laluan ke Sri Kembangan, tapi tersilap masuk jalan.
Ayah sampai rumah jam 8.15 malam. Adooi... penatnya macam ni... kalau hari2 macam ni boleh jadi GILA agaknya...
No comments:
Post a Comment