Perhimpunan ni diadakan setiap tahun pada hari raya haji yang kedua. Mula2 tu ayah Mie, suami Mak Ngah Ta jadi pengerusi majlis, tapi selepas Tazkirah, ayah Ni pulak ambil alih.
Majlis perhimpunan tu dimulakan dengan ucapan tuan Presiden merangkap tuan rumah perhimpunan ni, iaitu Abe Wil. Lepas tu ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh ayah sendiri, kerana orang lain minta ayah bagi tazkirah, ayah pun bagilah... kalau nak ikut ramai lagi orang yang lebih layak, tapi dah orang beri kepercayaan ayah pun terimalah...
Mula2 tu rasa berdebar jugak nak bagi tazkirah di depan orang rami ni, tapi dengan pertolongan Allah ayah dapat habiskan jugak tazkirah yang bertajuk "Semangat Pengorbanan" dalam majlis perhimpunan tu...
Dibawah ni sebahagian gambar orang2 yang hadir hari tu...
Tok Abah pun ada juga. Sebelum tu Tok Abah kata tokse gi, tapi setelah dipujuk mama, akhirnya Tok Abah bersetuju untuk pergi sama...
Tok Abah tokleh duduk congak lama, sakit belake, tok abah masih uzur lagi lepas kena serangan jantung dan 'nyetok' bule poso baru ni...
Ini 2 orang kekasih ayah, IM dan mama yg kiut miut.... rasanya IM lebih comel dari mama.... hehehe... mama jgn marah yea!!!gurau je...
lagi gambar IM, tapi bukan mama yg pegang IM tu, siapa ya??? MISTERI!!! IM macam duk tunjuk jari kat kamera...
lepas tazkirah, sekali lagi ayah diminta untuk memimpin bacaan takbir hariraya sempena idul adha yang masih ada... ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR LAA ILAHAILLALLAHU WALLAHU AKBAR.....
Kemudian, ada sesi cabutan bertuah, tapi keluarga kita x bertuah hari tu IM, satu nombor pun tak kena...
Akhir sekali sebelum makan, ada sesi bergambar beramai2. mengikut kata tuan Presiden, gambar ni akan dimasukkan dalam surat khabar sinar harian berserta dengan maklumat berkenaan perhimpunan ni...

















No comments:
Post a Comment