Friday, February 19, 2010

CATATAN CUTI SEMINGGU BERSAMA IM DAN MAMA...

12 Februari (Jumaat) hingga 20 Februari (Sabtu) sekolah ayah bercuti sempena Tahun Baru Cina. Ayah bertolak ke KL jumpa IM dan mama hari Sabtu (13 Februari). Pagi sabtu tu ayah ada kursus kat BTPN, Pengkalan Chepa. Kalau tak hari khamis malam tu lagi ayah dah naik bas ke KL. Di bawah ni catatan aktiviti ayah dengan IM dan mama selama bercuti bersama tu. 

14 Februari (Ahad)
selepas ayah sampai jam 8.30 pagi di stesen keretapi Kajang, mama terus ajak pergi Tesco. masuk Tesco shopping barang2 dapur sikit. sebelum tu breakfast dulu kat bawah Tesco tu. pukul 12 tengahari pagi kita pun balik ke rumah di Taman Puncak Jalil. Malam tu nak pegi beli susu dan nestum IM kat kedai 99 Speedmart, tapi kedai tu tutup lagi.

Untuk isi masa, ayah ajak pegi minum air kat Restoran Bikers. Harga makanan dan minuman kat sini agak mahal, air yang biasa harga RM1.20 kat sini dijual RM3.50. MAHAL... balik je kat rumah, muka IM jadi merah2 dan bengkak2. mama ambil kunyit dan garam sapu kat muka IM selepas telepon ko tok ma tanya mcam mana nak buat. Ayah pula baca ayat2 suci al-Qur'an mana tau kot2 angkara jin setan. lepas disapu tu IM kembali normal. ALHAMDULILLAH...

15 Februari (Isnin)
kita bertiga pergi warta di Bangi nak  check kamera samsung mama yg baru beli 2 minggu tapi bateri dah lemah. sampai kat sana, rupa2nya kedai tutup lagi. lepas tu pergi tengok kedai double A kat Bangi, kedai jual baju Muslimah. nak survey harga, tapi harganya agak mahal.


16 Februari (Selasa)
lagi sekali hari ni kita gi beli susu dan nestum im kat kedai speedmart 99. Lepas tu pergi Warta Bangi tukar bateri kamera Mama.Kemudian kita makan ABC dan Ice Blended kat kedai Mamak tepi Warta. Pastu kita pergi jalan2 kat The Mines Shopping Complex. Inilah antara gambar jalan2 kita kat sana...

gambar atas: kita baru sampai, mama dan ayah bergilir bergambar dengan puteri kesayangan IM 

gambar bawah: ni gambar nak tunjuk suasana chinese new year (CNY)  D Mines...hiasan lampu, gambar watak kartun Doraemon
 
 
gambar atas: IM dengan ayah di pokok bunga sakura..eh betul ko..eheheheh

gambar bawah: giliran IM dan mama pula  ambik gambar dengan pokok yg comel tu sempena CNY 2010 tahun harimau.....(mama penat doh tu)
 
gambar atas:   oooops....im penat dan ngantuk la..tggu jap ya IM kita tengok naga menari

gambar bawah:    jeng...jeng naga keluar mengikut irama..tong2 chat..ketung2..cheng2

  
gambar atas:     mama dan IM bulat mata teruja tgk lion dance...heheheeh. IM kena angkat dok atas bahu baru nampak sebab Im budak kecik.....hihihihi`
  
gambar bawah:     wahh....2 ekor singa menunjukkan kehebatan tarian..lepas tu dia  bagi limau mandarin kepada penonton..tapi IM tak leh sebab kita dok belakang

 
  
17 Februari (Rabu)
Kita pergi Alamanda, Putrajaya. Mula2 masuk kedai buku. Pastu masuk kedai emas Mama nak tengok cincin Perak untuk bakal tunang cik tie tapi tak ada. Kemudian naik tingkat atas window shopping, Mama pula nak cari beg. Turun semula tingkat bawah minum, pastu pergi kedai Sembonia, mama beli beg tangan. lepas tu masuk Carrefour beli barang dapur sikit. sebelum balik rehat dulu kat pentas.


 gambar atas: hiasan pentas kat Alamanda sempena CNY... semua MERAH!

gambar bawah: inilah patung harimau yang ada kat Alamanda ni... tahun harimau la katakan



 
 Mama tersengih dapat ambil gambar dia... 

  
 ayah pula berposing maut dengan IM disisi....
 
  
 Mama sedang memesan minuman... penat berjalan haus pulak!

  
 Mama dengan aksi manja kededeknya! pegang bantal barney lagi tu...

  
 Ayah merenung apa tu... dah tak tahan dahaga ke??? 

  
 IM pulak dah tertidur... penat dah tak terkata agaknya!

 
 inilah air yang mama pesan... kopi ais untuk ayah dan jus carrot untuk mama...

 lepas minum, pergi posing kat pentas... tadi tingkat atas, sekarang tingkat bawah pulak!

 
kalau harimau kat belakang tu hidup tak sempat berposing dah... terus cabut!

  
 baru habis shopping kat Carrefour... rehat kejap atas pentas.

  
nampaknya IM dah tergoda nak pergi ketengah pentas... main dengan kawan2
 
  
 Mula merangkak perlahan2... kat tangan tu apa?

  
 IM dan sampai kat tengah. sambil pandang mama dan ayah, seolah2 bagitau "IM dah ada kat sini mama, ayah!"

  
 Kawan pompuan IM dah datang... nak berkawan la tu... 

  
 yang ni kawan yang lelaki... tiba2 je datang. ada apa2 ke ni???

  
 ooo! rupanya dia nak ambil Kit Kat IM. Tapi IM nampak macam tak bagi je... 

 
 kawan IM ni sedang cakap apa entah! kalau dia cakap dengan ayah pun ayah tak faham. Sebab dia cakap bahasa Cina! Ni Hao Ma kot?! IM jawab "khe he he..." 


Malam tu mama belanja makan kat KFC. tengah2 makan tu tiba2 IM muntah. kesian IM...

 
 IM makan ayam... silap! bukan ayam. mama bagi tulang ayam! 

  
 khusuknya ayah makan... macam makan nasi. ayah lapar sangat ni!

  
 Mama pulak terlekat tulang aym ke daging ayam?! mulut jadi macam tu!!!

 
 jaga2 IM! jangan sampai tercekik tulang ayam tu! 

Tengah malam tu IM demam, pukul 1.45 pagi pergi klinik Mediviron.


18 Februari (Khamis)
mandi kat sungai congkak. mama prepare nasi dengan air dan kerpok..dan juga baju yang nak pakai masa mandi...sebelum tu berhenti beli tikar dengan lauk kat kedai belakang MD taman equine. kita bertolak gi sungai congkok dalam kul 12.gambar kita brtiga di sungai congkak.....bestnyaaaaa...........

sampai je kat sini IM berak terpaksa la mama basuh dan terus  mandi dulu dengan im

  
seronoknya nampak IM duduk dalam pelampung Mickey tu...


  
gambar kita bertiga dalam air.....sweet mama  with sour ayah and spicy Im...hehehe macam ikan 3 rasa
 
  
 tu...IM nampak  ayah tgh mengadap makanan

  
 apa yang IM gelakkan tu??? dah kenyang makan nestum ke?

  
Ayah nampak macam anak dara pulak posing macam tu...
  
Mama pegang elok2 IM tu... nanti jatuh susah!

  
 nampak IM teruja tengok air sungai...

  
 IM terkejut kena air laju tu... 

  
 dah nak balik ni... kat muka pintu sungai Congkak!


 IM dah tak sabar nak balik tu... sampai menangis!!!

19 Februari (Jumaat)
Tak pergi mana2 hari ni. rehat kat rumah je... ayah dan mama nak berehat.

No comments:

Post a Comment