Sunday, February 14, 2010

AYAH NAIK KERETAPI

13 Februari 2010, sabtu, ayah naik keretapi dari Wakaf Bharu ke Kajang jam 6.15 petang. Tokwe hantar ayah dari rumah ke stesen keretapi Wakaf Bharu dengan motosikal 45 minit sebelumnya. dah 2 minggu ayah tak jumpa IM dan Mama, hati ayah rasa tersangat rindu. malam2 asyik teringatkan IM dan mama sampai terbawa2 ke dalam mimpi.

Ayah terpaksa datang lewat 2 hari walaupun sekolah dah cuti seminggu bermula hari jumaat sebab pagi ni ayah ada program Muzakarah kat BTPN Kelantan. Jadi, ayah terpaksa tunggu dulu 2 hari baru boleh ambil tiket naik keretapi nak jumpa IM dan Mama. Sepatutnya khamis malam tu ayah dah pergi kat IM dan Mama.

Ayah sengaja pilih naik keretapi untuk perjalanan kali ni sebab nak rasa macamana naik keretapi duduk kat tempat ada katil. Sebelum ni ayah dah pernah naik keretapi dalam 3 @ 4 kali rasanya iaitu semasa belajar kat UIA dulu. Tapi dulu ayah hanya ambil tiket biasa tak ada katil. Jadi kali ni ayah ambil tempat duduk yang ada katil nak rasa macamana keadaannya.

Ayah ingat nak ambil tiket yang ada katil dibawah tapi dah habis. Jadi, ayah ambil tiket yang katil kat atas. Harga tiket tu RM 44.00, ayah tanya kakak yang ambil tiket katil kat bawah harganya mahal RM 10.00 dari tiket ayah.

Duduk kat katil atas ni seksa sikit. Ruangnya agak sempit (macam dalam keranda), aircond tak sampai (panas), ada risiko nak jatuh, nak panjat naik kat atas tu pun agak susah terutamanya orang yang bersaiz badan XL macam ayah ni. Ayah naik keretapi ni sorang diri, tak ada kawan pun, rasa agak boring jugak. Jam 8 malam lepas solat Jama' Taqdim Maghriib dan Isya', ayah terus rebahkan badan dan tidur walaupun mata ni tak mengantuk lagi, tapi boring punya pasal terlelap juga. Malam tu acap kali juga ayah tersedar dengar pengumuman yang dibuat atas keretapi tu, kadang2 terkejut dengan goyangan keretapi.

Ayah tersedar masa sampai kat stesen Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Gemas dan Tampin. Sampai kat Tampin tu dah jam 6.10 pagi. keretapi lambat sikit, delay masa berada kat Gemas rasanya. Masa ni ayah tak tidur dah, masuk bilik air lepas tu terus ambil wudhu' dan solat subuh di surau atas keretapi. sepatutnya pukul 6 ni dah sampai kat Seremban. keretapi sampai kat Seremban jam 7.30 pagi. Akhirnya ayah sampai juga di stesen Kajang, IM dan Mama dah sedia menunggu ayah. Bila IM nampak ayah, IM terus sengih tapi suara tak keluar. IM senyum sengih sambil malu2 tengok ayah. Cam lagi anakku ni kat aku... ALHAMDULILLAH!!!

No comments:

Post a Comment