Tuesday, September 29, 2009

DIARI HARIRAYA AIDILFITRI 1430H / 2009M

20/9/09 (ahad) semua umat Islam di Malaysia menyambut hariraya AIDILFITRI. IM, ayah dan mama beraya dirumah tok ma, anak keranji, pasir mas. selepas sembahyang hariraya, IM beraya di rumah tok ma je. tahun ni tak pegi berjalan di hari raya pertama sebab tok abah sakit. ramai tetamu datang melawat tok abah.

lepas zohor, barulah IM balik Kedai Buloh, beraya rumah mok. dalam rancangannya nak pegi beraya rumah tok2 sedara lepas asar. tapi, hujan... kenalah tunggu sampai pukul 6 baru hujan berhenti. beraya rumah tok chik, tok chik nah dan toksu Mar. malam pula pegi beraya rumah tok su, bendang... makan nasi Bukhari.

raya kedua, 21/9/09 (isnin) ayah pergi ziarah kubur Tok Nye. lepas tu beraya rumah tok yam. kemudian pegi beraya rumah sepupu mama, dr. nazlee di Lundang. lepas tu, ayah ajak bapa saudara dan mak saudara belah mama pegi beraya rumah Mok. sampai di rumah, tok su Sof, adik Tok su bendang dah ada. mok buat surprise tak bagitau dia sampai umah. sebelum balik rumah tok ma, singgah rumah tok chik sekali lagi... keluarganya buat rumah terbuka makan nasi dagang. lepas tu singgah beraya rumah tok we ba'ah. samapai rumah tok ma, mak ngah ta ajak pegi rumah kaklong Izan... beraya kat sana pulak. masa balik tu singgah rumah tok su munah.

raya ketiga, 22/9/09 (selasa) pagi pergi rumah tok su dah di kg. Siram. lepas tu pergi rumah abang pak ngah Mi di Teliar... anaknya dr. khairul anwar buat sembahyang hajat isterinya dah masuk 7 bulan mengandung. lepas zohor balik lagi rumah mok kedai buloh, jumpa dengan tok we kuala hau... dia tak tengok lagi IM. lepas tu balik semula ke anak keranji... sebelum tu mama singgah rumah kawan dia dulu di kg. apa2 bunut susu. dia pun ada baby pompuan... jadi kawan IM kejap.

raya keempat, 23/9/09 (rabu) tok we, mok, chik, cik mus, mak ngah dan kak zulaikha datang rumah tok ma. ayah pegi ambil pukul 11.30 pagi. sebelum tu, singgah rumah bakal mertua chik dulu di kutan. sebelum balik semula kedai buloh, singgah pulak fumah mertua uda di bechah durian. sebelum sampai rumah kedai buloh pulak singgah rumah yb. us. Halim,, dia buat majlis kesyukuran perkahwinan anaknya. tapi IM tak ikut ayah beraya hari ni. IM duk rumah je sebab keta ayah dah tak muat nak bawa IM dan mama sekali.

raya kelima, 24/9/09 (khamis)jam 2.30 ptg, pegi 'belarak' anak pak ngah sg. pinang di pulau pisang. sejam kemudian pegi majlis rumah terbuka kawan ayah, cikgu aziz di baung. sejam lepas tu balik pasir mas. jalan 'jem' teruk... sampai rumah dah maghrib.

raya keenam, 25/9/09 (jumaat) IM dah balik semula ke taman puncak jalil. ayah bertolak jam 9 pagi, sampai kat sana jam 8.50 malam. dalam perjalanan jumpa dengan saudara ayah, pakcik zuki, dia tinggal dekat dengan rumah mama di taman puncak jalil.

inilah dia serba sedikit catatan hariraya AIDILFITRI IM tahun ni...

No comments:

Post a Comment