malam tadi ayah naik bas jam 8.45 malam di jalan Hamzah, bas Transnasional. dalam tiket bas jam 8.30 malam, tapi biasalah bulan puasa ni bas lewat sikit sampai. maklumlah driver bas pun ambil masa nak berbuka. ayah faham.
ayah tidur dalam bas rasa lama sangat. siap mimpi macam2. sampai kat merapoh jam 12.30 tgh malam. bersahur kat kedai makan situ. ayah ambil nasi goreng campur telur masak pedas dengan air teo o beng. kena rm5.30. lepas tu pegi musolla solat isyak. ingat nak buat terawih lepas tu tapi rasa nak buang air lak, terus gi tandas. pastu beli roti untuk persediaan takut2 lapar lagi pasni.
sampai di Raub rasanya, semua bas di bawa masuk ke stesen penguatkuasa JPJ. pegawai antidadah naik check passengers yang ada tanda2 ambil dadah. dalam bas yang ayah naik ni ada la dalam 5-6 orang yang kena. disuruhnya buang air, setengah jam jugak duk kat situ.
yang peliknya macamana diorang ni tau tanda2 org yg ambil dadah. ada budak pompuan kat depan ayah tu dia x sedar semasa bas berhenti. terus pegawai antidadah suruh keluar untuk check air kencing. munghkin ini salah satu tandanya kot. tidur terlalu lena... ayah agak2 je...
ayah sampai kat putrajaya jam 5.40 pagi. rasanya kalau tak kerana sekatan kat stesen JPJ tadi, sempat lagi ayah bersahur di rumah dengan mama. malam esok ayah dah naik bas balik KB. Lusa keje....
No comments:
Post a Comment