Monday, May 30, 2011

IM DAH HAMPIR 2 TAHUN

tak sampai sebulan lagi genaplah usia IM 2 tahun. selama ini IM telah banyak membahagiakan hidup ayah dan mama, dan juga ahli2 keluarga yang lain.

sepanjang berada bersama IM, ayah dapati IM ni suka tiru perkataan atau perbuatan orang lain. malam tu pegi dgr forum, IM ikut apa yang ahli panel tu sebut. Kalau dalam kereta atau dimana2 saja IM akan ikut perkataan yang dia dengar walaupun sebutannya tidak berapa betul. keadaan ini menimbulkan kelucuan ditambah pula dengan senyuman dan gelak ketawa IM selepas orang lain perasan dan tengok dia ikut perbualan orang lain.

dari segi perbuatan pun, begitu juga. Im suka tiru perbuatan yang dia lihat. sama ada ayah, mama, tokwe, tok abah atau sesiapa saja yang Im lihat, Im akan cuba ikut. sampai perbuatan dalam cerita2 di tv pun Im ikut.

sebut pasal cerita ni, ada satu cerita yg Im suka tgk. tgk tiap2 hari pun tak apa. ada sampai tidur pukul 1 pagi sebab duk layan cerita tu. ayah dan mama dah mengantuk dan letih dah, nak tido. tp Im masih lagi nak tgk cerita tu. kalau ayah atau mama nak tutup laptop IM marah dan sebut 'ange.. ange'. jangan la tu!

cerita ti adalah cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. IM mula2 sekali tgk cerita ni semasa duduk rumah mak long hari tu. pertama kali IM tgk dengan sepupu2 (anak2 mak long). sampai sekarang IM teringat cerita tu hinggakan dah pandai nak mengusik hantu dengan mencebik bawah mata nak menakutkan org. lepas tu im sebut 'hantu nyik mah.. hihihi' hantu kak limah la tu.

sekarang ni susu pun Im kurang minum dah. kalau dulu 3 jam sekali atau kadang2 tak sampai 3 jam dah minta susu. sekarang sampai 2 kali sehari pun ada minum susu. sabor jelah... ayah beli banyak susu kat TESCO hari tu. semasa jualan murah. ayah beli sampai 20 bungkus. sekarang ni ada dalam 10 lagi. sabor jelah...

pampers pula ayah cuba pakaikan pampers jenama PET PET. nampak IM selesa pakai jenama ni. kalau dulu beli FITTI, IM suka koyak pelekat kat tepi tu. yg ni walaupun IM koyak masih boleh guna lagi sebab ia boleh dilekatkan semula. oklah dulu cerita pasal IM. nanti bila IM dah boleh baca, IM baca puas2 ye!

No comments:

Post a Comment