Sunday, November 21, 2010

IM JALAN2 DI TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS

Pada petang Hari Raya Haji kedua (18 November 2010 - khamis) ayah bawa mama dan im jalan2 di taman perbandaran tengku anis. sebenarnya masa tu kita dalam perjalanan nak balik kampung ayah di kedai buloh, jadi ambil kesempatan sekejap untuk bawa Im jalan2 tengok taman tengku anis ni.

semasa sampai di taman ni Im nampak sangat seronok. terus berjalan ke arah taman dengan gembira

kami masuk melalui bahagian tepi terus jumpa signboard ni; Taman Sekebun Bunga (banyak betul bunganya sampai sekebun...)

yang ni posing manja mama dengan anak kesayangannya...


sedang asyik berjalan2, tiba2 mata Im ternampak sesuatu yang menyeronokkan, padang permainan, Im terus berjalan laju macam berlari, orang panggil pun x dengar dah, siap ambil shortcut lagi nak sampai kat tempat ni...
dah sampai... tergamam kot! apa benda ni ye???

aik! keluar orang dari terowong ni... ??? (mungkin itu kot yg ada dlm kepala anak aku masa ni...)

Mama yang memahami terus memberi pengalaman kepada Im naik gelongsor ini... 

Mama lepas, Im terus gelongsor turun... sioooo....

akhirnya landing dengan selamat sejahtera... 

lepas tu kita pi tgk si rusa pulak sempena N 9 dikalahkan pasukan Red Warrior thn ni... (hehehe... gurau je, org nogori jgn mare ee...)


Ayah bagi rumput halus kat sang rusa, Im nampak seronok tapi sebenarnya takut...

 Mama pun tak lepaskan peluang posing berlatarbelakangkan si rusa...
Sebelum balik, sempat lagi bergambar di depan buyung besar ni... (kalau penuh air dalam buyung ni rasanya cukup bekalan utk 3 bulan... hehehehehh... )

No comments:

Post a Comment