Jumaat, 4 Jun 2010 ayah datang ke Taman Puncak Jalil dengan Tokwe, Mok dan Chik La. kami datang dengan kereta Myvi ayah pada jam 10.55 pagi. sebelum tu ayah pergi hantar Tokma dan Tok Abah naik flight MAS dari rumah di Anak Keranji ke lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa. Ayah pergi jemput Tokma dan Tok Abah jam 8 pagi. Sampai rumah pukul 8.45, lepas tu terus pergi lapangan terbang. selepas selesai urusan 'check-in' ayah pun tinggalkan Tokma dan Tok Abah. masa tu pukul 10.35 pagi, flight sepatutnya jam 11.35 pagi tapi 'delay' ke jam 12.25 tengahari. lama juga la Tokma dan Tok Abah kena tunggu.
ayah balik semula ke Kedai Buloh nak ambil Tokwe, Mok dan Chik La nak pergi KL. selepas bersiap dan masukkan semua barang kami pun terus pergi KL. Alhamdulillah, sepanjang jalan tidaklah begitu teruk 'jem'nya. biasa saja. kami singgah di Chiku 3 rumah sepupu Mok, Pok Sin jam 1.10 tengahari. Mok dan Tokwe nak ziarah 'nawat' isteri Pok Sin yang dah meninggal dunia seminggu yang lalu. ayah dan Tokwe sembahyang jumaat di Masjid Chiku 3. Pok Sinlah yang jadi Imam dan Khatib masjid ni. masjidnya agak besar juga, dan suasana di dalam kawasan Felda ni nampak seronok je. kalau tengok kat luar nampak macam tak maju dan 'boring'. tapi bila masuk dalam kawasan ni best gak nampak.
kami duk di rumah Pok Sin hampir 2 jam. pukul 3 kami mula bergerak. 20 minit kemudian singgah rumah ayah long pulak di Taman Wangi, Gua Musang. sampai rumah ayah Long, makan nasi sekali lagi. tadi dah makan rumah Pok Sin, sampai rumah ayah Long kena makan sekali lagi. lepas makan, mandi, tunggu masuk waktu Asar, terus solat Asar Qasar. lepas tu ayah Long ajak pergi tengok rumah yang dia beli di Taman Kesedar Jaya. selepas tengok semua, kami pun mula bertolak semula ke KL. masa tu dah jam 5.35 petang.
Sepanjang perjalanan berhenti la juga di beberapa tempat. berhenti sekejap di Merapoh beli air dan goreng pisang, di Petronas selepas bukit 7 ayah buang air besar, sakit perut minum air 'coconut shake' agaknya. kat situ jugak isi minyak sampai penuh, RM50. semasa di 'highway' ingat nak berhenti di R&R Gombak, nak solat, buang air, makan dan rehat. tapi R&R tu ditutup, tak tahu kenapa. ayah teruskan perjalanan sampailah tiba di PUJ 2, makan kat Restoran Malik Makmur. masa tu jam 10.30 malam. pukul 11 malam, kami pun sampailah kat depan rumah, tapi masa tu IM dah tidur, ayah tak sempat tengok IM senyumdan dengar suara IM.
No comments:
Post a Comment