Dah 2 minggu lebih ayah tak tulis dalam blog IM ni. Rasa rindu pulak nak menulis dalam ni. Nanti bila IM besar dan dah pandai baca, IM baca blog ni ye.
kelmarin, 17 April 2010, sabtu, ayah, IM dan mama main air hujan dalam kolam buatan plastik yang mama beli. kitorang main air jam 6.30 petang. lepas asar tu hujan, jadi ayah ambil kesempatan letak kolam tu kat luar bahagian dapur. biar kolam tu dipenuhi air hujan. sambil tu juga ayah dan mama guna air paip, punggah dengan baldi. banyak juga air yang perlu digunakan untuk memenuhkan kolam tu. tapi, ayah tak isi penuh, sebab dah penat punggah air, lagipun dah lewat untuk ayah bersiap naik bas pulak malam tu.
sayangnya, kamera mama berona pulak. pergi baiki kat tempat beli tu di Warta, Bangi. baru je beli bulan 1 baru ni, dah rosak, tak boleh nak snap terus mati. tuan kedai tu cakap dalam 2 @ 3 minggu baru boleh siap. apa la cina ni jual kamera mudah rosak. lain kali ayah cakap tak nak beli kat kedai dia lagi. kalau ada kamera pasti best boleh masukkan gambar kita main air dalam ni.
sebelum main air tu, ayah dan mama kemas dapur dulu. ayah ambil tikar getah lapik kat dapur tu letak kat luar biar kena hujan. semasa angkat tikar getah tu, ada lipan seekor sedang merayap kat bawah tikar getah. nasib baik mama dan ayah sempat pukul mati lipan tu. kalau tak, nanti digigitnya kaki mama @IM, pasti sakit.
IM seronok sangat dapat main air. ayah pulak sekali sekala ambir air curah kat IM, terkapai2 IM dibuatnya. dalam setengah jam juga main air, lepas tu IM menggigil kesejukan, bibir pun dah biru. mama pun angkat IM naik lap dengan kain tuala dan terus pakaikan baju dan seluar. lepas tu Im terus tidur dengan lenanya. sampai hantar ayah jam 9.10 malam tu pun IM tidur lagi. sampai kat Putrajaya Sentral barulah IM sedar. lebih kurang jam 9.20 malam, baru bas bertolak dan ayah tinggalkan mama dan IM kejap kat sana... jumpa lagi minggu depan... INSYA ALLAH!
No comments:
Post a Comment