Malam semalam, IM sekeluarga pergi ke rumah terbuka hari raya di PAPN Putrajaya. kami bertolak dari rumah jam 8.45 malam dan sampai disana jam 9.15 malam. sampai je disana kami tengok orang lain dah start menjamu selera. kami lewat 15 minit, jadual program bermula jam 9 malam. kami dijemput ke majlis ini kerana mama jadi pemantau kat PAPN (pusat anak permata negara) disini.
ayah dan mama makan satay, mihun sup, roti jala dan buah-buahan. IM diam je sepanjang program ni... x berona langsung. mungkin im tahu majlis ni ramai orang jadi im tokse spoilkan program. orang lain semua pakai pakaian hari raya.. tapi ayah dan mama pakai baju biasa je. segan jugak mula2 tu nak masuk... tapi dek kerana tugas mama, kami masuk jugak.
lepas jamuan makan ada sesi ambil gambar beramai-ramai. tapi im dan ayah x ambil gambar masa tu... mama je ambil gambar sekali dengan pendidik, ibubapa dan anak2 PERMATA. sebelum balik, sempat jugak kami sekeluarga bergambar. kami balik jam 10.30 malam dan sampai di rumah jam 11 malam.
pagi ni pula, ada majlis hari raya juga di PAPN Subang. kat sini pun mama kena jadi pemantau PERMATA jugak. kami pergi jam 9.40 dan sampai di sana jam 10.10 pagi. kena tunggu 20 minit juga sebelum majlis bemula sebab persiapan untuk majlis tu belum siap lagi. pukul 10.30 majlis bermula. ayah dan mama makan nasi kerabu, nasi minyak, laksa, kek, koktail dan makaroni kuah sardin.
IM baik je dalam majlsi ni. im asyik tengok ayah makan je... bila ayah agah im, im terus senyum dan kadang2 bunyi suara kecil... galak. lepas makan kami terus balik rumah. sampai rumah jam 12 tengahari. lama jugak la kami berada di majlis tu... kenyang perut mama dan ayah.
No comments:
Post a Comment