Tuesday, August 11, 2009

BAWA IM JALAN-JALAN BANDAR KB

Semalam aku dan isteri aku bawa im jalan-jalan di bandar Kota Bharu yang baru diubah menjadi jalan sehala. kami pergi sambil menghantar abang ipar naik bas ekspress balik ke kulim.

Im nampak sedikit kehairanan kerana inilah kali pertama aku bawanya naik kereta pada waktu malam. dia senyap saja dan asyik memerhatikan cahaya lampu yang terang benderang di sekitar bandar Kota Bharu.

aku pusing satu bandar nak biasakan diri dengan keadaan laluan jalan yang baru. ada jalan yang sebelum ini ditutup telah dibuka, jalan di sekitar stesen bas dibesarkan, banyak lampu isyarat tambahan diwujudkan. kalau tak biasakan diri, pasti pening kepala nak masuk bandar KB ni...

No comments:

Post a Comment